QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Rejab 1447H

Rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram yang dimuliakan oleh Allah SWT. Ia adalah bulan yang mengajak umat Islam memperlahankan langkah, memperbaiki niat dan memperbanyakkan amal kebaikan secara konsisten. Antara peristiwa besar yang sering dikaitkan dengan Rejab ialah peristiwa Isra’ dan Mi‘raj, yang mengingatkan kita tentang kepentingan solat sebagai hubungan langsung antara hamba dan Tuhan.

Namun, perlu difahami bahawa tiada amalan khusus yang sahih ditetapkan oleh Nabi SAW sempena bulan Rejab sama ada puasa tertentu, solat khusus atau bacaan tertentu. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Rejab kosong daripada nilai. Sebaliknya ia menuntut kita beramal dengan kesedaran dan keikhlasan, bukan kerana keistimewaan yang disandarkan tanpa dalil. Sebagai bulan haram, setiap kebaikan dan keburukan dinilai dengan lebih besar di sisi Allah. Teruskan berbuat baik dan beramal soleh. Perbaharui hubungan dengan Allah SWT bukan kerana Rejab semata-mata, tetapi kerana taqwa yang ingin dibina sepanjang hayat.

Para sahabat Rasulullah SAW mempelajari doa berikut sebagaimana mereka mempelajari al-Quran apabila masuknya bulan atau tahun baharu:

اللهمَّ أَدْخِلْهُ عَلَينَا بالأَمْنِ والإِيمَانِ، والسَّلَامَةِ والإِسْلَامِ، وَجِوَارٍ مِنَ الشَّيطَانِ ورِضْوَانٍ من الرَّحْمَن

“Ya Allah, masukkanlah ia (bulan baharu) kepada kami dengan keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, mendapat perlindungan daripada syaitan, serta mendapat keredaan daripada al-Rahman.”

Rujuk: al-Tabrani, Mu‘jam al-Awsat (Kaherah: Dar al-Haramain, 1415H), 6: 221 Ibn Hajar, al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1415H), 4: 218.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image