Skip to content
Buletin & aktiviti

Projek Wakaf Masjid Ar-Rahman & Perigi

𝐏𝐞𝐰𝐚𝐀𝐚𝐟: π‡πšπ¦π›πš 𝐀π₯π₯𝐚𝐑 𝐊π₯𝐚𝐧𝐠

______________________

Alhamdulillah!

Masjid Ar-Rahman dan Perigi 205, hasil Projek Waqaf di Papa Eleye, Ibadan, Nigeria, kini telah siap sepenuhnya.

Usaha ini memberi manfaat kepada 8 komuniti yang memerlukan, melalui penyediaan:

β– Sebuah masjid baharu sebagai pusat ibadah dan penyatuan ummah

β– Sebuah telaga air bersih (Perigi 205) untuk keperluan harian

Turut diwakafkan:

  • 100 naskhah al-Quran
  • Rehal
  • Sejadah
  • Rak al-Quran
  • Generator
  • Sistem PA
  • Pembesar suara masjid
  • Jamuan makan kesyukuran

Projek Masjid Ar-Rahman, yang diuruskan oleh PIKDM, telah diamanahkan oleh seorang pewakaf Individu atas nama ‘Hamba Allah’ dari Klang.

Kerja pembinaan dimulakan pada bulan Ramadan dan telah berjaya disiapkan pada 20 April 2025. Semoga Allah terima amal ibadah pewakaf ini dan terus mengalir pahala sedekah jariah yang berterusan.

Terimakasih tidak terhingga kepada para penginfak PIKDM yang terus komited memberi sokongan dalam usaha kebajikan dan dakwah menyantuni fakir miskin terpinggir, asnaf, pelarian, madrassah dan guru Al Quran didalam negara dan diluar negara demi manfaat besar kepada ummah. PIKDM tidak mampu lakukan semua ini tanpa pertolongan Allah dan tanpa sokongan anda semua.

Semoga amal ini terus mengalir manfaatnya hingga ke akhirat.

Jazakumullahu khairan wa barakallahhufeekum.

Hadis:

β€œSesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga.”- Riwayat al-Bukhari (450) dan Muslim (533)

“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah walaupun sebesar tempat burung bertelur, Allah akan membinakan untuknya rumah di syurga.” (Riwayat Ibnu Majah & Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani)

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image