Pada 3 Mei 2025, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-6 telah berjaya diadakan di Ibu Pejabat PIKDM. Usai mesyuarat, PIKDM meraikan Majlis Jamuan Hari Raya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menjadi nadi kekuatan perjuangan kami — Team PIKDM, Ahli Jawatankuasa, Sukarelawan, Para Penginfak, dan Rakan Strategik NGO.
Majlis diraikan secara sederhana namun penuh makna. Kehadiran tetamu dari jauh dan dekat menyerikan suasana, menambah rasa syukur atas ukhuwah yang terjalin dalam misi dakwah dan kebajikan ini.
Jazakumullahu khayran atas kesudian, sokongan dan kepercayaan kalian. Moga Allah terus berkati usaha kita bersama
Tonton di Facebook : https://www.facebook.com/reel/669939249125921