Menyampaikan Bantuan, Menguatkan Jiwa dan Iman.
Tahun ini sudah masuk tahun ke 7 Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) melaksanakan Projek Ramadan 1447H di 9 negara, meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Cambodia, P4lestin, Nigeria, Yemen dan Bangladesh.
Program ini merangkumi:
- Tajaan Iftar
- Agihan Pek Makanan Asas
- Bantuan Zakat & Duit Raya
- Sokongan kepada Madrasah & Komuniti Asnaf
- Bantuan kepada komuniti pelarian dan kawasan pedalaman.
Sasaran Dana
RM200,000 diperlukan bagi memastikan setiap bantuan sampai kepada penerima manfaat dengan teratur dan berkesan.
Ramadan tidak sama bagi semua orang.
Ada yang menghitung menu berbuka.
Ada yang menghitung hari tanpa makanan.
Ada yang menghitung jarak mendapatkan bahan mentah.
Ada yang tak mampu sediakan air berbuka buat anak².
Projek ini diwujudkan bagi memastikan mereka dapat menjalani Ramadan dengan lebih tenang dan bermaruah. Kita yang mampu menyediakan juadah berbuka puasa aneka rupa dan rasa mungkin tidak merasai apa yang mereka rasai..
Kalau kita berbuka dengan lauk beraneka,
patutkah kita biarkan orang lain berbuka dengan air sahaja? Dalam harta kita, ada hak mereka.
Mengapa Projek Ini Penting?
Setiap sumbangan bukan sekadar angka.
Ia adalah:
- Makanan di saat lapar
- Harapan di saat sempit
- Doa yang mungkin mengangkat darjat kita di sisi Allah
Langkah kecil kita, mampu mengubah Ramadan seseorang.
Salurkan Infak Anda:
Klik link Infak Ramadan
https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1447h/





