Program Misi Kemanusiaan Kebajikan Dan Dakwah PIKDM di Ranau

Tarikh: 2 Nov 2024

Agihan Dapur Pek: 50 keluarga

Jamuan sekampung: 100 orang

50 naskah IQRA

Ucaptama:

Pengerusi Madrasah Ranau:

YDP ABIM Ranau: Mohd Fazli

Pengerusi PIKDM

Pn Lynnda Abbas

Tazkirah: Ustaz Azam Hashimudin – Pengerusi Mads.

Tajuk: ‘Demi Masa’

Nama Kg: Kg Sumbilingon

Daerah: Ranau

Kepadatan penduduk: 150 keluarga

Jarak perjalanan dari Homestay Ranau: 80km

Majoriti masyarakat: Bangsa Dusun

Pekerjaan: Petani

Agama: Islam / Kristian

1. Pengenalan

Program kemasyarakatan dan dakwah ini dianjurkan oleh PIKDM dengan kerjasama Abim Ranau. Kunjungan PIKDM ke Kg Sumbilingon ini merupakan ziarah pertama setelah hampir 2 tahun dipelawa berprogram disini melalui salah seorang Tim PIKDM Ust Iqbal Alhamdulillah Allah telah izinkan pada tarikh ini dan sokongan dana tajaan dari penaja² budiman.

Misi kami berakhir di Pulau Jambongan selama 3 hari terus bersambung pula ke Daerah Ranau ini.

Perjalanan yang sangat mencabar untuk sampai ke Ranau bermula dari Jeti Paitan Beluran sudah mengambil masa 1 jam perjalanan menaiki bot dan bermula 6 jam perjalanan pula menaiki 2 kenderaan 4×4 menuju Ranau dengan jalan ‘off road’ yang sangat teruk. Jika mahu dikira kos logistik kami dengan kepayahan yang dilalui ini, agaknya bebaloi ke kami nyatakan kos logistik? Tajaan bagi kos logistik sering paling terakhir dilihat keperluan walau setiap Misi ini perlukan Tim dan kos logistik adalah perkara yang paling terkedepan dalam senarai Program.

Bermulanya perjalanan mencabar ke Ranau…setibanya di Ranau untuk masuk ke kampung sumbilingon ini perlukan 2 jam perjalanan untuk sampai. Tim Abim Ranau seramai 10 anggota wanita dan lelaki menyertai Misi ini bersama TIM PIKDM seramai 9 orang. 4 buah 4×4 bersama Misi ke Kg Sumbilingon ini. 2 buah dari PIKDM dan 2 buah dari Abim Ranau.

Perjalanan menuju Kg Sumbilingon ini sangat mencabar, kenderaan kami terpaksa mendaki gunung dengan jalan berbatu dan berdebu. Sewaktu pergi kenderaan kami seperti kereta baru. Bila sampai diatas sewaktu mahu turunkan dapur pek yang siap dibungkus plastik termasuk bagasi kami berubah rupa sama sekali,disaluti habuk debu.

Sebuah kampung yang dulunya majoriti ‘non muslim’ kini sudah hampir 80% menganut Islam dan sudah terbina masjid dan madrasah hasil kerja dakwah yang lama. Ust Mohd Fadzli YDP ABIM Ranau telah berdakwah kepada masyarakat disini seusianya 16 tahun. Kerja dakwah tanpa henti dan jemu membawa perubahan positif kepada masyarakat disini untuk beriman pada Tuhan Pencipta Alam ini.

Alhamdulillah semakin berkembang islam dengan adanya pendakwah yang komited meneruskan kerja dakwah. Islam tidak akan tersebar sepantas ini jika tiada usaha pendakwah yang komited turun di lapangan meneruskan kerja dakwah tanpa jemu sebegini. Kerja dakwah ini perlu disokong bukan dikongkong. Pendakwah perlu disokong dan dibantu gerakkerja mereka walau ada yang hanya diberi gaji serendah RM300 sebulan janganlah kita berkira dan memilih bila bab berinfak. Melihat jasa dan komitmen para guru/pendakwah sebegini, nilai sumbangan mereka jauh lebih besar dari sumbangan yang kita hulurkan.

Dengan kepadatan penduduk seramai 150 orang kita melihat betapa kecilnya jumlah penduduk disini namun kita tidak terfikir ke? “suatu hari nanti angka ini akan bertambah?”. Jika majoriti penduduknya adalah Islam maka dakwah Islam berpeluang terus berkembang. Menunjukkan keperluan mendesak untuk aktiviti dakwah melalui pendekatan pendidikan dan kerohanian.

2. Objektif Program

Meningkatkan kefahaman dan kesedaran agama melalui kebajikan dan diselangi pengisian tazkirah.

Memberikan bantuan kepada komuniti dalam bentuk Dapur Pek dan keperluan lain.

Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara komuniti setempat dengan PIKDM.

Mengenalpasti keperluan masyarakat untuk tindakan jangka panjang.

3. Aktiviti Program

3.1 Sumbangan Dapur Pek

Sebanyak 50 pek makanan telah diagihkan kepada penduduk kampung, yang merangkumi bahan keperluan asas seperti beras, minyak, dan makanan kering.

3.2 Jamuan Sekampung

Seramai 100 orang penduduk turut serta dalam jamuan makan bersama dan masak bersama yang bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti dan pihak penganjur.

3.3 Ceramah dan Tazkirah

Tazkirah bertajuk “Demi Masa” telah disampaikan oleh Ustaz Azam Hashimudin, (Pengerusi Mads), yang turut bersama PIKDM untuk Misi ini. Pendekatan PIKDM memanfaatkan guru² dibawah tajaan Projek Angkat PIKDM yang ditaja selama ini untuk menyumbang khidmat semula.

Kesimpulan:

Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuhkan hubungan antara PIKDM dan ABIM Ranau dan kommuniti setempat. Sambutan penduduk kampung amat memberangsangkan, terutama dalam aktiviti dakwah dan sumbangan yang diberikan.

Islam akan terus tersebar jika ada yang menyebarkan syiar Islam.

Barakallahufeekum buat semua Tim yang terlibat sepanjang Misi ini berlangsung.

Jazakumullahhu khayran buat rakan kolaborasi MADS, SAR Al Fareed, IN & ABIM Ranau. Rakan penaja Yayasan Taqwa, Pertubuhan Ihsan Madani, dan para penginfak budiman PIKDM yang telah memberi sinar kebahagiaan buat kommuniti yang kami santuni sepanjang 29Okt-3Nov. Semoga Allah ganjari sebaik baik ganjaran disisi Allah.

Barakallahufeekum..

Terus sokong usaha dakwah kami!

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55656
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)