Kisah di Sebalik Sekolah Terpencil di Pulau Jambongan

Tonton di Facebook : https://fb.watch/w582Hu0Nvj/

𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗴 𝗟𝗶𝗺𝗮𝘂-𝗟𝗶𝗺𝗮𝘂 di Pulau Jambongan Beluran Sabah ini adalah antara yang paling terpencil diantara Kg Hujung, Kg Bahanan dan Kg Malalin.

Dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid.

Keseluruhan murid Sekolah Kebangsaan Limau-Limau adalah seramai 32 orang murid sahaja.

Mempunyai 8 orang guru dan 2 orang AKP.

Cabaran guru Mads Pusat untuk program jelajah ilmu yang diadakan setiap 2x sebulan adalah jarak dan keadaan jalan yang mencabar. Selain kenderaan yang lasak, kos minyak semua diambil kira.

Dengan adanya Madrasah (Mads) di cawangan Kg Limau-Limau, sedikit sebanyak meringankan beban guru-guru sekolah. Madrasah ini memberi peluang pendidikan agama yang paling asas seperti Iqra, Al Quran dan Fardhu Ain kepada anak-anak kampung, dan memberi manfaat yang besar kepada mereka yang dahulunya tidak mempunyai akses kepada pengajaran agama yang berkualiti.

Usaha ini sangat dihargai oleh guru-guru SK Kg Limau-Limau. Ia adalah satu langkah penting untuk memberi peluang yang sama kepada semua anak-anak, tidak kira betapa terpencilnya tempat mereka.

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menyumbang kepada pendidikan anak-anak kampung ini dengan tajaan gaji guru dibawah Projek Angkat PIKDM yang sudah hampir 6 tahun berjalan.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55654
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)