QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

PIKDM 6 Tahun | Amanah Yang Terus Dibina

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini PIKDM melangkah ke tahun ke-6 perjalanan dakwah, kebajikan dan ilmu. Sebuah perjalanan yang tidak pernah kami anggap ringan.

Enam tahun ini bukan sekadar angka.
Ia adalah amanah, ia adalah doa yang dititipkan,
dan ia adalah tanggungjawab yang dipikul bersama oleh para penginfak budiman, rakan strategik, rakan pelaksana, sukarelawan dan semua yang percaya pada NGO ini.

Kami melangkah bukan kerana kuat,
tetapi kerana terus memilih untuk istiqamah.
Dalam keterbatasan dana, tenaga dan ujian lapangan,
kami belajar bahawa kerja kebaikan hanya mampu bertahan apabila niat dijaga dan amanah dipelihara.

PIKDM akan terus:

  • Menyebar ilmu sebagai asas perubahan
  • Menyantuni insan dengan ihsan dan maruah
  • Menjaga amanah infak dengan penuh tanggungjawab

Terima kasih kepada semua yang tidak pernah berhenti mendoakan, menyokong dan mempercayai PIKDM.

Sesungguhnya, perjalanan ini masih panjang,
dan kami memilih untuk terus berjalan.

Ya Allah, terimalah setiap usaha ini sebagai amal di sisi-Mu. Peliharalah niat kami, kuatkan langkah kami, dan istiqamahkan kami menjaga amanah.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Melangkah dengan ISTIQAMAH.
Menyebar ILMU, Menyantuni INSAN.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image