๐๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐
๐๐๐๐ฎ
๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ๐๐ง ๐๐ฌ๐๐ฌ & ๐๐๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ๐๐ง ๐ฅ๐๐ข๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐ก๐๐ข๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐๐ข๐ฃ๐ซ๐๐ก ๐๐
Rutin penghantaran keperluan asas akan dibelanjakan bila keperluan dapur hampir habis dan akan dimaklumkan ustaz iqbal kepada kami untuk penghantaran. Setakat ini kami rasa kagum dengan cara mereka menguruskan keperluan asas yang diterima sentiasa cukup dan tiada pembaziran. Keperluan asas yang diminta melambangkan mereka tidak mengambil kesempatan.
Melihat menu hidangan makan tengahari anak anak ini sudah cukup melambangkan mereka bersyukur dengan apa yang ada. Bukan tidak mahu ada 2 menu tapi itulah tradisi kaum mereka makan memadai 1 jenis lauk. Mereka tetap bersyukur berbanding 6 Madrasah dibawah tajaan PIKDM di Kem Coxs Bazar hanya dapat menikmati menu istimewa saat Ramadan dan Eidul Adha sahaja.
Kami dimaklumkan penyewa mahu naikkan sewa rumah Maahad Tahfizul Quran Darul Hijrah dalam masa terdekat ini. Seperti semua sedia maklum. setiap bulan projek angkat PIKDM negatif RM9K dan pelbagai usaha yang telah pengurusan PIKDM lakukan untuk menampung kos yang bocor dan tidak kecukupan, antaranya PIKDM terpaksa mengurangkan beberapa kos tajaan bulanan.
Semoga Allah merahmati para penginfak semua. Barakallahufeekum.
Ilmu bil Amal
Amal bil Ihsan
Dakwah Bil Hikmah















