Angka 4, Rugi RM400 Allah Ganti RM4000

ANGKA 4, RUGI RM400 ALLAH GANTI RM4RIBU

Terpanggil untuk berkongsi tulisan ini untuk ahli grup ini.

Pada jumaat 27 Jun 2024 PIKDM telah dihubungi oleh seorang hamba Allah yang tidak dikenali melalui whats app mengatakan mahu infak 2 biji aircond kepada NGO PIKDM. Aircond pelu diambil dari JB dan mahu diagihkan pada hari itu juga.

Kami pada mulanya agak berat mahu terima memandangkan jauh lokasi yang perlu diambil sungguhpun kami sangat memerlukan aircond ini. Lalu kami tanya lagi mahu bagi berapa unit Aircondnya? Katanya 2 unit 2 HP. Mendengarkan akan hal itu kami rasa agak bebaloi jika kami terima. Lalu kami minta salah seorang kenalan dari JB untuk berhubung dengan individu yang mahu infakkan aircond itu pada kami. Kami merancang aircond itu diletakkan sementara dirumah sahabat kami di JB dan kami akan uruskan kemudian untuk penghantaran ke MUAR untuk kami ambil nanti. Dipendekkan cerita..individu tersebut mengarahkan untuk ambil dari kilang pengeluar aircond untuk buat penghantaran terus kepada kami. Beberapa jam kemudian kami bersetuju untuk diaturkan penghantaran dengan khidmat LALAMOVE ke ibupejabat PIKDM terus. Pihak ketiga PIKDM yang bersetuju untuk diatur penghantaran ke ibupejabat PIKDM telah membuat bayaran upah Lalamove yang bernilai *RM400* dan dijadualkan sampai dalam masa *4jam* ke Sg Buloh ibupejabat PIKDM.

Hampir 5 jam kami menunggu tiada sebarang panggilan dari driver LALAMOVE mahupun individu tersebut..yang terakhir individu tersebut hanya hantar bukti resit bayaran dari LALAMOVE berserta gambar driver dan akaun bank bagi bayaran LALAMOVE.

Hampir 6 jam kami menunggu dan jam menghampiri 12 malam. Kami cuba hubungi individu tersebut dan tiada jawapan. Kami mengesyaki ini adalah Scammer lalu pihak kami membuat pengesahan dengan LALAMOVE tiada tracking no berkenaan. Kami pun pulang. Keesokan harinya pihak ketiga yang memasukkan wang bagi bayaran LALAMOVE telah membuat laporan polis.

Qadarallah wama sha a fa ala…ujian buat kami yang sangat memerlukan aircond baru berakhir dengan penipuan SCAMMER.

Kebetulan pihak kami sangat² memerlukan 2 unit aircond baru bagi menggantikan 1 unit yang lama 2.5hp yang sudah berjasa selama 7 tahun (2nd hand) mengalami banyak kerosakan kos untuk dibaiki agak tidak bebaloi..makanya kami ‘hold’ dulu penukaran unit baru ini dan kelas Ngaji PIKDM hanya memanfaatkan 1 aircond 2.5hp dengan keluasan dewan yang luas ini selama hampir *4 bulan* anak² Ngaji dan Guru Ngaji PIKDM bertahan tanpa merungut.

PIKDM banyak bergantung pada dana pengurusan untuk kos sebegini. Memandangkan dana pengurusan kami setiap bulan terpaksa menampung kos kos lain yang lebih perlu dan penting seperti Projek Angkat.

Kos pengurusan tetap PIKDM setiap bulan yang perlu diberi keutamaan adalah sewa premis, bill api air, unifi, gaji, upah,elaun² guru dan banyak lagi..makanya kami sentiasa berbelanja penuh hemah. Prinsip PIKDM sejak dahulu “utamakan yang lebih memerlukan” walaupun kita serba tidak berkecukupan. Alhamdulillah Allah bagi cukup apa yang ada ini pun sudah kami syukuri.

Satu perkara yang kami syukuri adalah kos sewa premis yang tidak pernah naik sejak lama menyewa disini disebabkan pemilik kedai mahu menuai saham akhirat bersama PIKDM. Selagi ruang ini dimanfaatkan untuk majlis ilmu dan dakwah selagi itulah kos sewa dikekalkan pada harga yang tidak masuk akal berbanding premis lain. Alhamdullilah thumma Alhamdulillah..doakan pemilik rumah kedai ini diluaskan rezeki berganda dan terus berkah rezeki mereka.

Berbalik pada tajuk cerita

Rugi RM400 Allah ganti RM4 ribu.

Hampir sebulan cerita ‘SCAMMER’ aircond berlalu. Hari ini barulah kami mahu berkongsi cerita setelah Allah hadirkan Hamba Allah yang mahu taja keseluruhan kos yang perlu kami bayar kepada Contractor Aircond sejumlah RM4Ribu.

MashaaAllah Tabarakallah Allah uji kami untuk sabar dan redha dan Allah ganti yang lebih baik buat orang yang sabar.

Semoga Allah merahmati memberkati rezeki Hamba Allah ini. Kebiasaannya kami akan usahakan untuk penuhi permintaan orang luar yang memerlukan..bila waktu kami memerlukan kami tidak ada kekuatan untuk mohon sumbangan dan rayuan. Alhamdulillah Allah bantu cara lain. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Barakallahufeekum.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55534
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)