Pengerusi dan Pengasas SAR Al-Fareed, Ustaz Sharif Mohd Farid bersama isteri (Mudirah) Sekolah Agama Rakyat Al-Fareed, turut bersama 2 anak serta 2 adiknya berkunjung ke Ibupejabat PIKDM tengah hari tadi untuk menyerahkan plak penghargaan sebagai tanda terima kasih atas sokongan Projek Angkat 2025.
Semasa kunjungan PIKDM ke Sekolah Agama Rakyat Al-Fareed pada Misi bulan lepas, Ustaz Farid tidak dapat menyambut kedatangan kami kerana tugasan mengajar di luar daerah. Hari ini beliau mahu menebus waktu itu dengan meluangkan masa untuk hadir ke ibupejabat PIKDM. InshaaAllah Khamis ini merupakan hari yang istimewa buat Ustaz Farid kerana beliau bakal hadir majlis konvokesyen Ijazah Sarjana (Master) (Quran & Sunnah) di UKM.
Selepas sesi santai di pejabat PIKDM, kami berkesempatan meraikan keluarga Ustaz Farid dengan makan tengah hari di Restoran Banglo 789, Elmina Lakeside Mall.
Tidak datang dengan tangan kosong keluarga Ustaz Farid menghadiahkan 3 kotak buah tangan untuk PIKDM, termasuk makanan popular dari Sabah serta 10 biji mangga hasil tanaman dari pokok sekitar kawasan SAR Al-Fareed. MashaaAllah. Jazakallahhu khayr.
Alhamdulillah. Pertemuan yang ringkas namun sarat dengan ukhuwah, doa dan kesyukuran.
Moga hubungan ini terus erat demi kelangsungan dakwah dan pendidikan anak-anak di SAR Al-Fareed. Tahun 2026 ini PIKDM mengharapkan sokongan yang lebih memberangsangkan berterusan bagi tajaan² Projek Angkat PIKDM. Barakallahufeekum.
Berminat untuk menaja 20 pelajar asnaf/yatim di SAR Al-Fareed 2026?
Klik link Projek Angkat untuk info lanjut : https://www.pikdm.org.my/projek-angkat-pikdm-2025/











