Skip to content
Buletin & aktiviti

Pantun Khas Hari Guru PIKDM 2025

Di tanah air hingga merentas benua,

Ilmu tak pernah mengenal sempadan;

Dari Malaysia ke Cox’s Bazar, dari Cambodia ke Nigeria,

Di mana ada insan, di situ guru menyalakan harapan.

Mereka mendidik bukan kerana nama,

Bukan kerana upah yang menanti;

Tetapi kerana jiwa yang cinta,

Agar manusia tidak terus hidup dalam gelap dan sepi.

Tidak buta dan meraba.

Setitis ilmu ditabur dengan ikhlas,

Seumpama hujan di padang yang gersang;

Suburlah hati anak bangsa dengan hikmah yang luas,

Guru madrasah, relawan kalian bak cahaya yang terang.

Di pedalaman yang sunyi,

Anak-anak mengenal Kalam Ilahi;

Di belantara dan ceruk bumi,

Suara guru bergema

membangunkan hati.

Relung hati kami penuh dengan doa,

Untukmu asatizah, penggerak ummah yang setia;

PIKDM kirimkan sejuta penghargaan mulia,

Kerana kalian menyambung dakwah tanpa jemu, tanpa lelah, demi Allah dan Rasul.

Semoga Allah sentiasa merahmati para guru yang membawa manusia pada jalan yang lurus.

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image