Tarikh: Isnin, 12 Mei 2025
Lokasi: MATIQPS, Maahad Tahfiz Ilmu Al-Quran Perlis
Rombongan PIKDM telah mengadakan ziarah ke Maahad Tahfiz Integrasi Al-Quran dan Pengajian Sunnah (MATIQPS) pada 12 Mei 2025. Dalam kunjungan ini, PIKDM secara rasmi telah menyerahkan Surat Pelantikan kepada Ustaz Muhammad Izzat bin Che Husin sebagai ‘Penasihat Agama’ PIKDM bagi sesi 2025–2027 berkuat kuasa Mei 2025.
Pelantikan ini diharap dapat memperkukuh hala tuju dakwah dan kebajikan PIKDM. PIKDM merakamkan penghargaan kepada pihak MATIQPS atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan.
Turut diraikan 2 pelajar tajaan projek angkat PIKDM
Muhammad Alif Iqhwan bin Khairul Nizwan
Muhammad Mikail Rifqi bin Nor Radzuan.
Jazakumullahhu khayran. Semoga Allah merahmati kita semua.










