Skip to content

Mengangkat Tangan Ketika Berdoa

Daripada Salman al-Farisi RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إِلَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا

Sesungguhnya Tuhan kalian Tabaraka wa Ta‘ala Maha Pemalu lagi Maha Mulia. Dia malu terhadap hamba-Nya apabila hamba itu mengangkat kedua tangannya kepada-Nya, lalu Dia mengembalikannya dalam keadaan kosong (tidak diberi apa-apa).
(HR Sunan Abu Dawud: Sahih)

  • Mengangkat tangan semasa berdoa adalah adab yang sangat dianjurkan dan menjadi sebab doa lebih mudah diterima kerana ia melambangkan kerendahan diri serta kebergantungan kepada Allah, namun ia bukanlah suatu kemestian
  • Allah Maha Pemalu lagi Maha Mulia, sehingga Dia tidak membiarkan hamba yang mengangkat tangan kepada-Nya kembali dalam keadaan sia-sia. Ini memberi harapan besar kepada orang yang berdoa dengan penuh tawadhu’
  • Nabi SAW mengangkat tangan ketika berdoa dalam banyak situasi, dan Baginda lebih banyak mengangkat tangan ketika berdoa dalam keadaan yang getir dan memerlukan pertolongan segera

Marilah bersama mengejar dan menyebarkan kebaikan Ramadan!

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Floating Image