Skip to content
Buletin & aktiviti

Mendoakan Orang Lain tanpa Pengetahuan Mereka

Daripada Abu Darda’ RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Tidak ada seorang hamba Muslim yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuan saudaranya), melainkan malaikat berkata: Amin, dan bagimu juga seperti itu.
(HR Muslim)

  • Mendoakan saudara seiman tanpa pengetahuannya adalah amalan yang ikhlas dan beradab kerana ia dilakukan tanpa tujuan pujian atau balasan manusia
  • Doa untuk orang lain menjadi sebab kebaikan kembali kepada diri sendiri kerana malaikat mengaminkan dan mendoakan balasan yang sama untuk orang yang berdoa
  • Amalan ini menguatkan ukhuwah, menjauhkan diri daripada sikap pentingkan diri serta membersihkan hati daripada hasad dan permusuhan. Selain itu, ia juga dapat melatih jiwa untuk mencintai kebaikan bagi orang lain

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image