QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Laporan Penuh Misi Pasca Banjir Indonesia & Malaysia

7 Disember 2025 – 10 Januari 2026
(Agihan bantuan berperingkat selama 1 bulan)

Dengan penuh rasa ihsan dan simpati kepada mangsa banjir yang diuji, Alhamdulillah PIKDM telah menyempurnakan Misi Pasca Banjir Penutup Misi Agihan dan bantuan di Bireuen & Piddie Jaya Aceh bagi membantu komuniti terjejas melalui kerjasama rakan strategik NGO tempatan ASAR Humanity.

Lokasi:

  • Aceh
  • Medan
  • Perlis (Malaysia)

Objektif:

  • Bantuan keperluan asas
  • Pemulihan awal pasca bencana
  • Sokongan moral & kebersamaan ummah

Di Aceh, kami belajar sesuatu..
Harta benda boleh lenyap sekelip mata.
Rumah boleh hilang dalam satu malam, barang boleh hanyut tanpa sempat diselamatkan.
Namun dalam kehilangan itu, kami melihat satu perkara yang besar: kekuatan manusia untuk bangkit.

Antara momen paling manis di Aceh…

Seorang Muslimat memegang erat buku kecil Zikir Pagi Petang PIKDM yang sampai ke tangannya.

Dia terharu dan bersyukur… kerana zikir yang dulu biasa dilazimi, kini telah hanyut dibawa banjir.

Allahu Akbar.
Saat itu kami belajar, nikmat iman jauh lebih mahal daripada harta.

Kami juga sempat menziarahi Ustaz Faisal, Pengasas SIT An-Nur — seorang pejuang ilmu sunnah di bumi Aceh yang kehilangan prasarana sekolah yang dibina bertahun-tahun demi ummah.

Beliau baru sahaja pulih daripada mild stroke, yang berlaku akibat beban emosi dan tekanan ujian banjir besar ini. Namun dalam keadaan tubuh yang masih lemah… beliau masih sempat memberi tazkirah kepada pasukan kami.

Kami benar-benar terharu.

Banyak lagi pengalaman yang tidak tertulis di sini…
kerana ada kisah yang terlalu dalam,
dan hanya mampu disimpan sebagai syukur dan renungan.

Doa & harapan:
Semoga Allah meringankan ujian mereka, menguatkan hati mereka, dan menggantikan apa yang telah hilang dengan gantian yang lebih baik.

Terima kasih kepada para penginfak budiman. Infak tuan/puan bukan sekadar bantuan, tetapi harapan untuk mereka terus bertahan dan bangkit semula.

Rujuk poster / laporan bergambar untuk maklumat lanjut.

MUAT TURUN LAPORAN DALAM BENTUK PDF – KLIK SINI

Slide Laporan👇

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image