LAPORAN IFTAR PERDANA PIKDM & KUTIPAN AMAL 1447H / 2026
Ruang Petaling Jaya [8 Mac 2026]
================
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Iftar Perdana PIKDM tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan kebersamaan.
Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa…
tetapi medan untuk menyantuni mereka yang diuji, serta mengeratkan ukhuwah antara penyumbang, sukarelawan dan penerima manfaat.
Aturcara dan Pengisian
Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi PIKDM, Pn Lynnda Abbas
Pembuka doa majlis oleh Ustaz Al Huzaifi
Tazkirah Ramadan oleh Ust Muhammad Izzat Che Husin, Penasihat Agama PIKDM
Solat Tarawih dipimpin oleh Ust Muhammad Izzat Che Husin
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu khas, Datin Siti Muhibah binti Hj Nor, Pengasas Anak-anak Istimewa SU3 merangkap Penolong Penyelaras Persatuan Kanak-kanak Istimewa Bangi, yang hadir memberikan sokongan terhadap usaha kebajikan ini.
Program ini telah menyantuni:
- Anak-anak yatim
- Anak-anak OKU
- Pelajar tahfiz
- Golongan asnaf
Melibatkan institusi:
- Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu
- Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Amal Asyura
- Anak-anak Istimewa SU3
- Madrasah Tahfiz Darul Hijrah KL
Sumbangan dan Agihan Bantuan
Sepanjang program, para penerima telah diraikan dengan pelbagai bentuk sumbangan:
Dapur Pek Keperluan Asas:
Beras
Minyak masak
Gula
Teh uncang
Air kordial
Kurma
Sumbangan Kebajikan:
Duit raya diberikan kepada anak-anak sebagai tanda kegembiraan menyambut Syawal
Sumbangan tunai turut disalurkan kepada institusi anak yatim, tahfiz dan rumah OKU bagi menyokong keperluan mereka
10 hadiah cabutan bertuah ditaja oleh Tim Pengerusi Pn Haleiza Ismail
Semoga setiap sumbangan ini membawa kegembiraan buat mereka yang menerima.
Suasana Majlis Iftar Perdana 2026 PIKDM
Alhamdulillah, hidangan buffet dan suasana dewan yang selesa memberikan pengalaman yang bermakna buat semua yang hadir.
Ada yang hadir dengan langkah sederhana…
dan pulang dengan hati yang sedikit lebih tenang.
Kerana kadang-kadang, yang mereka perlukan bukan sekadar makanan tetapi rasa dihargai.
Ringkasan Kewangan:
Dana terkumpul: RM15,700
Jumlah perbelanjaan: RM12,513.06
Baki lebihan: RM3,186.94
Kehadiran: 100 pax
Lebihan ini disalurkan semula bagi menyokong program kebajikan PIKDM.
Penghargaan
Terima kasih buat para penginfak budiman dan rakan strategik yang hadir memberikan sokongan.
Tidak dilupakan juga kepada barisan AJK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga Allah menerima setiap amal kebaikan kalian, melipatgandakan ganjarannya serta memberkati setiap langkah yang diusahakan.
Jazakumullahu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman.


















































































