Skip to content

Berpuasa Enam Hari Dalam Syawal Kesinambungan Daripada Ramadan

Puasa sepanjang tahun secara berterusan bukan tuntutan dalam Islam. Namun, Allah SWT membuka peluang pahala yang sangat besar melalui amalan yang ringan.

Antaranya ialah puasa enam hari dalam Syawal sebagai kesinambungan selepas Ramadan. Ia ibarat pelaburan ibadah yang sangat menguntungkan. Dengan hanya enam hari, tetapi ganjarannya seperti berpuasa setahun penuh. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian mengikutinya dengan enam hari pada bulan Syawal, maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun

(HR Muslim)

Lebih menguntungkan jika kelebihan puasa enam Syawal ini dapat dihimpunkan sekali dengan puasa sunat lain seperti puasa hari putih dan Isnin Khamis.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam ibadah selepas Ramadan.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Floating Image