26 September 2025 Jumaat
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Pertubuhan Ihsanku Malaysia bagi melaksanakan Projek Water For Life (W4L) Program Ihsan Jariah di Kampung Hujung, Pulau Jambongan, Sabah, dengan kerjasama Tekad Samudera Sdn Bhd selaku pasukan jurutera & pembinaan yang terlibat.
MOU ini ditandatangani oleh Cik Alyssa Diyana (Setiausaha & Pengurus Operasi PIKDM) dan Puan Shaliza (Bendahari PIKDM), bersama Tuan Muhammad Syariffuddin (Pengerusi Pertubuhan Ihsanku Malaysia) dan En Muhammad Afiq B. Ahmad Sani (Pembantu Pembangunan Projek), Encik Dasuki (Pengurus & Penyelaras Projek) turut disaksikan Tuan Muhammad Zulfadhli Mohamad Zain (Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsanku Malaysia).
Projek pembinaan Tubewell pertama di Kampung Hujung ini dianggarkan bernilai RM254,450.00.
Baki dana diperlukan PIKDM: RM49,900 sahaja lagi untuk melengkapkan kos projek.
InshaaAllah, projek ini bakal menjadi titik perubahan besar buat masyarakat Pulau Jambongan yang sekian lama bergantung kepada air tadahan hujan.
PIKDM menyeru masyarakat untuk bersama-sama merealisasikan impian ini.
Setiap sen infak anda adalah penyambung kehidupan buat ratusan keluarga di Pulau Jambongan.
Saluran Infak:
Maybank – 5627 4015 5175
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)
Code: WFLPJ




