Doa Mohon Perlindungan Daripada Sifat Kedekut

اللَّهُمَّ قِنِي شُحَّ نَفْسِي وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُفْلِحِينَ

Ya Allah peliharalah diri aku daripada sifat kedekut dan jadikanlah aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang beruntung.

Doa ini di petik daripada ayat al-Quran berikut:

وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

(Surah al-Taghabun: 16)

Ini adalah doa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat yang paling tercela itu sifat kedekut. Sifat ini telah tertanam dalam diri majoriti manusia terutama mereka yang memiliki kekayaan harta apabila mereka enggan berinfak di jalan Allah menggunakan harta yang mereka miliki.

Sedangkan Rasulullah SAW melarang kita daripada sifat kedekut dan menganjurkan umatnya berinfaq dan sedekah di jalan Allah.

Rasulullah SAW bersabda:

إيَّاكم والشُّحَّ فإنَّما هلَكَ من كانَ قبلَكم بالشُّحِّ أمرَهم بالبُخلِ فبخِلوا وأمرَهم بالقطيعةِ فقَطعوا وأمرَهم بالفُجورِ ففجروا

Jauhilah Syuhh (terlalu kedekut), sesungguhnya syuhh membinasakan orang-orang sebelum kalian. Syuhh menyuruh mereka untuk bakhil, menyuruh untuk memutuskan tali silaturahim, dan menyuruh untuk melakukan kejahatan, maka mereka pun melakukannya.

(HR Abu Dawud: Sahih)

Rasulullah SAW bersabda lagi:

اَلصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْـخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ

Sedekah itu dapat menghapuskan kesalahan umpama air yang dapat memadamkan api.

(HR Muaz bin Jabal dalam Sahih al-Targhib)

Justeru, sesiapa yang dipelihara Allah daripada sifat ini maka pasti dia akan mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat. Sebagaimana janji Allah SWT di dalam Surah al-Taghabun.

 

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

Sumbangan bagi tajaan majlis ilmu boleh disalurkan terus melalui link dibawah.

Infaq potongan bulanan secara autodebit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my

Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia