Sertai Ibadah Korban Bersama PIKDM 1446H / 2025

Hari
Jam
Minit
Saat

Doa Keampunan Nabi Ibrahim a.s

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

(Surah Ibrahim: 41)

Doa merupakan salah satu doa Nabi Ibrahim AS kepada Allah SWT. Doa ini mengandungi permohonan agar diampunkan dosa oleh Allah SWT.
Hal ini kerana hanya dengan keampunan Allah SWT sahajalah seseorang hamba terjamin keselamatannya di dunia hinggalah ke hari akhirat.

Antara pengajaran dalam doa ini:

  • Ketika berdoa, kita perlulah mendoakan sendiri terlebih dahulu sebelum mendoakan orang lain, sebagaimana teladan yang ditunjukkan Nabi Ibrahim dalam doa ini yang diawali permohonan ampun kepada diri sendiri terlebih dahulu.

    Imam Ibn Kathir berpandangan selayaknya bagi setiap individu yang berdoa agar berdoa untuk diri sendiri, kemudian diikuti doa kepada kedua orang tuanya dan keturunannya.

  • Penting untuk memohon keampunan bagi kedua orang tua lantaran jasa mereka yang terlalu besar terhadap kita sepertimana firman Allah:

 

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

(Surah al-Isra’: 24)

 

  • Doa ini merupakan berita gembira untuk setiap muslim yang akan mendapat keampunan Allah SWT kerana doa para anbiya’ pasti dimakbulkan oleh Allah SWT.
  • Selain itu, doa ini juga mengisyaratkan agar kita tidak pernah lupa untuk berdoa kepada saudara Islam kita.
  • Hendaklah bagi orang yang beriman memperbanyakkan doa yang berkaitan dengan urusan akhirat kerana kejayaan yang hakiki adalah kejayaan di hari akhirat.

———-

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 74068
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)