QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

CABARAN 48 JAM SAHABAT ENJIN PIKDM

CABARAN 48 JAM SAHABAT ENJIN PIKDM

Bantu kami mencapai sasaran RM15,000 dalam tempoh 48 jam.Sudah hampir 6 bulan kami menggerakkan kempen Sahabat Enjin PIKDM.
Sehingga hari ini, hanya sekitar RM12,000 berjaya dikumpulkan.

Alhamdulillah, dana inilah yang membantu memastikan operasi PIKDM terus berjalan sehingga hari ini. Namun, kami perlu berlaku jujur.
Dana pengurusan kini berada pada tahap yang amat mencabar. Kami tidak mahu menunggu sehingga operasi benar-benar terjejas barulah kami bersuara. Kami memilih untuk berlaku jujur lebih awal kerana amanah para penginfak adalah tanggungjawab yang perlu kami pelihara.

Kejujuran dan ketelusan sentiasa menjadi prinsip kami. Ramai melihat program yang dijalankan oleh PIKDM seolah-olah setiap program menjana dana.
Hakikatnya, kebanyakan program hanyalah amanah yang kami laksanakan. Di sebalik setiap program, misi kemanusiaan, kuliah dan penyebaran dakwah, ada kos operasi yang perlu ditanggung dan ada pasukan yang terus bekerja di belakang tabir.

Ramai melihat kuliah yang disampaikan.
Ramai melihat bantuan yang diagihkan.
Ramai melihat misi kemanusiaan yang dilaksanakan.
Ramai melihat usaha dakwah yang terus berkembang.
Namun, tidak ramai melihat “enjin” yang menggerakkan semua usaha ini.

Sasaran RM15,000 ini bukan sekadar angka.
Ia adalah dana yang memastikan operasi terus berjalan, kenderaan terus bergerak, kuliah terus berlangsung, media terus menyebarkan ilmu, penerbitan terus dihasilkan dan amanah para penginfak terus disampaikan dengan sebaiknya.

Sahabat Enjin PIKDM
Enjin tidak selalu kelihatan.
Namun tanpa enjin, sebuah perjuangan tidak mampu bergerak.
RM15 mungkin kelihatan kecil.
Namun sebenarnya ia membawa satu makna yang besar.

“Aku mahu menjadi sebahagian daripada perjuangan ini.”

Bukan semua mampu turun ke lapangan.
Bukan semua mampu menyampaikan kuliah.
Bukan semua mampu memberi dalam jumlah yang besar.
Namun setiap daripada kita mampu menjadi tenaga kecil yang istiqamah.
Daripada istiqamah itulah lahirnya:

Misi kebajikan yang sampai kepada penerima.

Premis yang menjadi pusat operasi, kuliah dan perancangan dakwah.

Media yang merakam dan menyebarkan ilmu.

Penerbitan yang mendidik masyarakat.

Pasukan dan sukarelawan yang menggerakkan setiap program.

Dakwah dan kebajikan yang memberi manfaat di Malaysia dan luar negara.

Semuanya mungkin tidak glamor.
Namun inilah “enjin” yang memastikan perjuangan ini terus hidup.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan kepercayaan masyarakat terhadap NGO semakin diuji, PIKDM akan terus berusaha memelihara amanah ini sebaik mungkin.

Terima kasih kepada seluruh Team PIKDM yang terus berkhidmat dengan penuh kesungguhan.
Dan buat para penginfak budiman…
Terima kasih kerana masih memilih untuk percaya.
Mungkin RM15 itu kecil pada nilainya.
Namun apabila ramai menyumbang 1 Lot Sahabat Enjin, ia menjadi kekuatan besar yang memastikan Ilmu • Kebajikan • Dakwah terus hidup dan memberi manfaat kepada ummah.

“Kadang-kadang kemenangan bukan tentang bergerak paling laju, tetapi memastikan enjin perjuangan ini terus hidup.”

Ini bukan tentang siapa paling menang, ini tentang siapa mampu teruskan perjuangan demi ummah dan masa depan generasi akan datang.

Jadilah Sahabat Enjin PIKDM
1 Lot = RM15 sebulan
1 Lot = RM180 setahun

Cabaran kami: RM15,000 dalam tempoh 48 jam.
Jika anda percaya perjuangan ini perlu diteruskan, kami mengajak anda menjadi sebahagian daripada enjin yang menggerakkannya.

Sertai & menyumbang:
https://www.pikdm.org.my/donations/sahabat-enjin-pikdm/

Satu Lot. Satu Komitmen. Satu Enjin Perjuangan.

Masih ada persoalan sebelum menyumbang?

WhatsApp : 013-370 9583

Sumber: Facebook PIKDM

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 110541
© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image