Skip to content
Buletin & aktiviti

Menyingkap Hakikat Bulan Safar

Menyingkap Hakikat Bulan Safar

Persepsi negatif yang muncul terhadap bulan Safar berakar daripada kepercayaan Arab Jahiliah. Menurut Ibn ‘Ashur, kedatangan Safar selepas tiga bulan haram menandakan bermulanya semula peperangan dan pembalasan dendam sehingga bulan tersebut dikaitkan dengan bala dan kesialan.

Islam menolak kepercayaan ini kerana bulan Safar tidak memiliki sifat nahas atau membawa kemudaratan secara tersendiri. Selain itu, tiada hadis sahih yang menetapkan ibadah, zikir, puasa, perayaan atau larangan tertentu khusus pada bulan ini.

Justeru, bulan Safar sama seperti bulan-bulan Islam yang lain. Sebarang kelebihan, keburukan atau amalan khusus tidak boleh disandarkan kepadanya tanpa dalil yang sahih.

Diriwayatkan bahawa para sahabat Rasulullah SAW mempelajari doa berikut apabila masuknya bulan atau tahun baharu, sebagaimana mereka mempelajari al-Quran:

اللهمَّ أَدْخِلْهُ عَلَينَا بالأَمْنِ والإِيمَانِ، والسَّلَامَةِ والإِسْلَامِ، وَجِوَارٍ مِنَ الشَّيطَانِ ورِضْوَانٍ من الرَّحْمَن

“Ya Allah, masukkanlah ia kepada kami dengan keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, perlindungan daripada syaitan, serta keredaan daripada al-Rahman.”

Rujukan: al-Ṭabrānī, al-Mu‘jam al-Awsaṭ; Ibn Ḥajar, al-Iṣābah fī Tamyīz al-Ṣaḥābah.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA*

Ikuti kemaskini aktiviti PIKDM

https://linktr.ee/PIKDM

www.pikdm.org.my

Sumber: Facebook PIKDM

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image