Skip to content
Buletin & aktiviti

Salam Awal Muharram 1448H

Salam Awal Muharram 1448H

Kemunculan anak bulan Muharram menandakan bermulanya Tahun Hijri 1448H. Dalam tradisi Islam, pertukaran tahun bukan sekadar perubahan tarikh, tetapi tanda peredaran masa yang menuntut manusia menilai semula iman, amal dan tanggungjawab.

Diriwayatkan bahawa para sahabat Rasulullah SAW mempelajari doa berikut apabila masuknya bulan atau tahun baharu, sebagaimana mereka mempelajari al-Quran:

اللهمَّ أَدْخِلْهُ عَلَينَا بالأَمْنِ والإِيمَانِ، والسَّلَامَةِ والإِسْلَامِ، وَجِوَارٍ مِنَ الشَّيطَانِ ورِضْوَانٍ من الرَّحْمَن

“Ya Allah, masukkanlah ia kepada kami dengan keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, perlindungan daripada syaitan, serta keredaan daripada al-Rahman.”

Rujukan: al-Ṭabrānī, al-Mu‘jam al-Awsaṭ; Ibn Ḥajar, al-Iṣābah fī Tamyīz al-Ṣaḥābah.

Ini menunjukkan sambutan Tahun Hijri tidak dibina atas slogan perubahan semata-mata, tetapi atas permohonan kepada Allah SWT agar masa yang mendatang dipandu oleh iman, keselamatan, Islam, perlindungan daripada gangguan syaitan dan keredaan-Nya.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA

Ikuti kemaskini aktiviti PIKDM

https://linktr.ee/PIKDM

Sumber: Facebook PIKDM

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image