PROGRAM BIMBINGAN ROHANI 2026
Pada 17 Mei 2026, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Bimbingan Rohani di SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.
Program yang melibatkan 40 pelajar kurang upaya penglihatan dan 10 sukarelawan PIKDM ini bertujuan memperkukuh kefahaman agama, meningkatkan motivasi diri serta menyemai nilai empati dan kesyukuran.
Pengisian program merangkumi slot kerohanian oleh Ustaz Luthfi Azhar dan Ustaz Muhammad Izzat Che Hussin, aktiviti interaktif serta bacaan puisi “Si Celik dan Si Buta” oleh Pn. Lynnda Abbas.
Terima kasih kepada FSKM UiTM Shah Alam atas penajaan penuh program bersama SMK Pendidikan Khas Setapak dan kerjasama yang diberikan, serta semua sukarelawan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
“Sentuhan Ilmu, Sentuhan Hati.”
PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA
Ikuti kemaskini aktiviti PIKDM
https://linktr.ee/PIKDM
www.pikdm.org.my
#PIKDM
#uitm
#SeKpenKhasSetapak
#OKU
#Pendidikan
Video: Lihat video di Facebook
Sumber: Facebook PIKDM



