QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

LAPORAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN 1447H DI SUDAN

LAPORAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN 1447H DI SUDAN

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam yang mengikuti sunnah Baginda hingga ke Hari Kiamat.

Pihak Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT ingin membentangkan laporan pelaksanaan Ibadah Korban 1447H/2026 di Sudan hasil amanah dan kepercayaan para peserta korban.

1. Ringkasan Pelaksanaan Korban

Alhamdulillah, pelaksanaan ibadah korban di Sudan telah berjaya disempurnakan dengan jayanya.

Jumlah haiwan korban yang telah dilaksanakan adalah:

3 ekor lembu

7 ekor kambing

Kesemua haiwan korban telah disembelih mengikut syariat Islam dan seterusnya diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

2. Kawasan Agihan & Cabaran Semasa

Sudan merupakan antara negara yang sedang berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang serius akibat konflik dan ketidakstabilan yang berpanjangan.

Bagi memastikan manfaat korban sampai kepada golongan yang paling memerlukan, agihan telah difokuskan kepada:

Kawasan pedalaman Sudan yang jarang menerima bantuan luar.

Kem-kem pelarian yang menempatkan ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal serta sumber pendapatan.

Bagi sebahagian penerima, daging korban yang diterima merupakan antara hidangan terbaik yang dapat dinikmati sepanjang tahun.

Alhamdulillah, amanah para peserta korban berjaya disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Pihak urus setia juga ingin memohon maaf atas kelewatan penghantaran laporan. Keadaan capaian internet yang sangat terhad di beberapa kawasan serta cabaran logistik untuk memasuki kawasan pedalaman telah menyebabkan proses penghantaran maklumat dan dokumentasi mengambil sedikit masa.

3. Jaringan Kerjasama & Sinergi NGO

Kejayaan pelaksanaan program ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama pelbagai pihak.

Program korban di Sudan telah dilaksanakan melalui kerjasama erat antara PIKDM dan beberapa rakan strategik termasuk Alumni Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan.

Kerjasama ini amat membantu dalam memastikan proses penyembelihan, agihan dan pemantauan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur memandangkan para mahasiswa mempunyai pengalaman serta kefahaman yang baik terhadap keadaan dan keperluan masyarakat setempat.

4. Senarai Peserta Korban Sudan 1447H:

Lembu 1

  1. Mohd Ismail Bin Che Rus
  2. Hasnah Binti Mohd Daud
  3. Remli Bin Mohamed
  4. Nik Fatimah Binti Nik Abdul Rahman
  5. Nik Pitt Aminah Binti Nik Abdul Rahman
  6. Muhammad Farhan Bin Zainal Malek
  7. Ku Mesrawati Ku Mahmud

Lembu 2

  1. Nurul Amira Remli
  2. Alyssa Diyana Binti Khairuzzaman
  3. Farah Izyan Binti Mohd Hanafiah
  4. Noor Haqim Bin Muhidin
  5. Farah Amira Binti Mohd Hanafiah
  6. Mohd Farhan Bin Mohd Hanafiah
  7. Farah Nadia Binti Mohd Hanafiah

Lembu 3

  1. Mariam Abd Ghani
  2. Nur Sofea Hasmira Azahar
  3. Nik Fahimah Binti Nik Abdullah
  4. Subiatha Binti Mohamed Yousof
  5. Azlan Abu Hassan
  6. Dahliatul Khariah Daud
  7. Ida Rashada Daud

Kambing

  1. Freida Amat
  2. Elya Lim Abdullah
  3. Siti Zaiton Binti Mahmud
  4. Nasir Masud
  5. Mariah Binti Said
  6. Mohd Irwan Bin Mohd Ismail
  7. Halima Ikbal

Doa Buat Para Peserta Korban PIKDM 1447H

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Terimalah ibadah korban daripada setiap peserta yang telah menginfakkan rezeki mereka melalui Program Korban PIKDM.

Gantikanlah setiap titisan darah korban yang mengalir dengan keampunan, rahmat dan keberkatan yang berpanjangan. Limpahkanlah rezeki yang halal dan diberkati, kurniakanlah kesihatan yang baik serta ketenangan dalam kehidupan mereka.

Jadikanlah setiap agihan daging korban ini sebagai asbab kegembiraan buat saudara-saudara kami yang sedang diuji di bumi Sudan dan jadikanlah ia juga sebagai saksi kebaikan yang memberatkan timbangan amal para peserta pada hari perhitungan kelak.

Tetapkanlah hati kami semua dalam ketaatan kepada-Mu dan himpunkanlah kami dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang mendapat keredaan-Mu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Jazakumullahu khayran kepada semua peserta korban yang telah mengamanahkan ibadah korban mereka bersama PIKDM.

Semoga Allah SWT menerima ibadah korban, melimpahkan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada semua peserta.

Korban 1447H telah selesai dilaksanakan.

Bagi yang berhajat menyertai Korban 1448H, mulakanlah simpanan dari sekarang.

“Tidak akan sampai kepada Allah daging dan darah korban itu, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”

(Surah Al-Hajj: 37)

#KorbanPIKDM1447H #Sudan #PIKDM

#IbadahKorban #Korban1448H

Sebahagian gambar yang sempat dirakam di Kem Pelarian dan juga di perkampungan Nile Abyat Sudan.

Galeri ini memuatkan sebahagian gambar sahaja. Untuk melihat keseluruhan koleksi gambar, sila layari hantaran penuh di Facebook PIKDM.

Sumber: Facebook PIKDM

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 107227
© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image