QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Rumusan Penuh Program Agihan Bubur Lambuk (Laporan Tertunda)

Alhamdulillah, pada 14 Mac 2026 bersamaan 24 Ramadan 1447H, PIKDM telah berjaya melaksanakan Program Agihan Bubur Lambuk Fasa 2 dengan jumlah agihan sebanyak 200 pek bubur lambuk berserta kurma.

Dilaksanakan dalam suasana 10 akhir Ramadan, agihan ini menyantuni pelbagai lapisan penerima manfaat, antaranya:

  • Penjaga pesakit kanak-kanak di Hospital Shah Alam
  • Petugas Wad NICU Shah Alam
  • Petugas kebersihan di Hospital Sungai Buloh
  • Warga emas di Rumah Jagaan Cemara
  • Keluarga asnaf di komuniti Kubu Gajah

Setiap pek yang disampaikan bukan sekadar juadah berbuka, tetapi satu tanda kasih bubur lambuk sebagai pengisi, kurma sebagai sunnah berbuka, melengkapkan sedikit kegembiraan buat mereka yang menerima.

Program ini merupakan sambungan daripada Fasa 1, menjadikan jumlah keseluruhan agihan sebanyak:
300 Pek Bubur Lambuk + Kurma.

Ia membuktikan bahawa usaha kecil yang digerakkan secara berterusan mampu memberi impak yang lebih luas dan bermakna.

Lebih istimewa, ia dilaksanakan dalam 10 malam terakhir Ramadan waktu terbaik untuk memberi dan meraih ganjaran yang berlipat ganda.

Semoga setiap sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan, dan setiap pek yang diagihkan menjadi saksi kebaikan di sisi Allah.

Jazakumullahu khairan kathira buat semua penyumbang dan yang bersama menjayakan misi ini.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image