IFTAR PEK RAMADAN PIKDM 1447H
Dar Maryam, Batu Pahat, Johor
27 Ramadan 1447H
30 pax (Nasi Kerabu)
Alhamdulillah, PIKDM telah menyalurkan tajaan Iftar Ramadan kepada anak-anak Pertubuhan Dar Maryam di Batu Pahat, Johor.
Dengan izin Allah, seramai 30 orang penerima dapat menikmati juadah berbuka dalam suasana penuh kesyukuran dan kebersamaan. Wajah-wajah ceria, senyuman yang terukir, dan kebahagiaan yang sederhana ini menjadi saksi bahawa setiap infak yang diberikan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.
Di saat kita berbuka dengan pelbagai pilihan makanan, ada yang menanti dengan penuh harapan dan hari ini, Allah memilih kita untuk menjadi asbab rezeki buat mereka.
Semoga setiap yang menyumbang dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda, diampunkan dosa, dan dipertemukan dengan keberkatan malam-malam terakhir Ramadan.
Alhamdulillah, agihan iftar telah berjaya disempurnakan.
Yang menjalankan amanah,
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)
Kami masih memerlukan sumbangan anda. Klik infak di bawah untuk menyumbang.
Klik Sini : https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1447h/






