Alhamdulillah, setelah perjalanan jauh, kami tiba di tapak Projek Air Bersih yang bakal memberi sinar baharu kepada penduduk di sini.
Perigi sedia ada cetek kerana jika digali lebih dalam, air menjadi masin. Maka bakal dibina takungan perigi Tubewell sebesar kolam untuk menampung lebih banyak air yang akan dipam naik ke tangki utama. Air ini kemudiannya melalui sistem penapisan bertingkat pasir silika, arang aktif, batu kerikil serta disinfeksi UV menjadikannya selamat diminum terus.
Walaupun kosnya tinggi, projek ini penting bagi menjamin sumber air bersih yang berterusan dan berkualiti untuk komuniti ini.
Ayuh, berinfak untuk Projek Air Bersih ini.
Setiap titisan sumbangan anda membina harapan dan kehidupan.
Setitis air hari ini, lautan pahala esok.
Kutipan dana PIKDM : RM40,000 lagi diperlukan.
Jom Bertindak Sekarang
www.pikdm.org.my/donations/pembinaan-sistem-air-bersih/
Code: WFLPJ

Alhamdulillah, setelah perjalanan jauh, kami tiba di tapak Projek Air Bersih yang bakal memberi sinar baharu kepada…
Posted by PIKDM on Thursday 23 October 2025
Tonton di Facebook : https://www.facebook.com/reel/1577939143389991



