Skip to content

[Tonton] Malam Rahmah Ilmu

Misi Water4Life PIKDM

Malam ini kami akhiri perjalanan dengan penuh makna di Masjid An Naim, Kg Hujung.
Ustaz Muhammad Izzat Che Husin & Ust Norhisham menyampaikan tazkirah yang menyentuh hati, mengingatkan kami tentang erti syukur dan amanah air sumber kehidupan yang sering dilupakan.

Beberapa penduduk yang menjawab soalan kuiz menerima hadiah buku “Hipokrasi Ikhlas” karya Puan Pengerusi Lynnda Abbas sebagai hadiah kenangan, tanda kecil daripada dari hati besar Pn Lynnda Abbas.

Setiap keluarga membawa hidangan secara potluck, menghidupkan suasana ukhuwah penuh kasih.
Dalam kesederhanaan itu, kami merasai kehangatan persaudaraan yang sukar digambarkan dengan kata. Makanan air tangan penduduk semuanya enak². MashaaAllah suatu pengalaman berbeza kali ini.

Penduduk Kampung Hujung Pulau Jambongan masih menanti hadirnya air bersih impian yang mereka simpan sekian lama.
Semoga misi ini menjadi saksi kasih, doa, dan usaha kecil yang mengalir menjadi kebaikan besar di sisi Allah.

Tonton

    🌙 Malam Rahmah Ilmu – Pulau Jambongan, Sabah🌊 Misi Water4Life PIKDMMalam ini kami akhiri perjalanan dengan penuh…

    Posted by PIKDM on Wednesday 22 October 2025

    Tonton di Facebook : https://www.facebook.com/share/r/1Bor8k4op3/

    Media Sosial PIKDM

    Jom Infak

    Projek Angkat

    Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

    Infak Bulanan

    Hulurkan bantuan
    anda bagi
    mereka yang
    memerlukan.

    Sumbangan
    One-Off

    Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

    Zakat Online

    Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

    Floating Image