Jamadil Awwal ialah bulan kelima dalam kalender Hijrah. Perkataan “Jamadil” berasal daripada bahasa Arab “jamad” (جمد) yang bermaksud beku atau keras, merujuk kepada keadaan air yang membeku ketika musim sejuk di Tanah Arab pada masa penamaan bulan ini. Secara umumnya tiada peristiwa besar yang disabitkan secara khusus dengan bulan Jamadil Awwal dalam nas-nas sahih.
Para sahabat Rasulullah SAW mempelajari doa berikut sebagaimana mereka mempelajari al-Quran apabila masuknya bulan atau tahun baharu:
اللهمَّ أَدْخِلْهُ عَلَينَا بالأَمْنِ والإِيمَانِ، والسَّلَامَةِ والإِسْلَامِ، وَجِوَارٍ مِنَ الشَّيطَانِ ورِضْوَانٍ من الرَّحْمَن
“Ya Allah, masukkanlah ia (bulan baharu) kepada kami dengan keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, mendapat perlindungan daripada syaitan, serta mendapat keredaan daripada al-Rahman.”
Rujuk: al-Tabrani, Mu‘jam al-Awsat (Kaherah: Dar al-Haramain, 1415H), 6: 221 Ibn Hajar, al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1415H), 4: 218.



