Maulidurrasul bukan sekadar mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi lebih utama adalah menghidupkan kembali semangat perjuangan, kasih sayang, dan akhlak mulia yang Baginda tinggalkan.
Allah SWT menegaskan dalam al-Quran:
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِیمࣲ
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”
(Surah al-Qalam: 4)
Rasulullah SAW menjadi teladan dalam segenap aspek kehidupan sebagai pendidik, pemimpin, sahabat, suami, bapa, bahkan rahmat untuk seluruh alam. Meneladani sunnah Baginda bermakna kita menanam benih kasih sayang, keadilan, ihsan, dan tanggungjawab sosial dalam kehidupan seharian.
Justeru, mengingati dan berselawat kepada Baginda SAW tidak harus terhenti hanya pada Maulidurrasul atau pada hari Jumaat sahaja.
Semoga hati kita sentiasa terpaut kepada sunnah Baginda, lidah kita basah dengan selawat, dan langkah kita dipandu oleh cahaya Islam yang dibawa Baginda SAW.



