QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Nilai Seringit

Di sebuah hujung kampung, seorang ibu menyimpan seringgit demi seringgit di dalam tabung plastik biru. Bukan kerana dia punya banyak, tetapi kerana dia tahu setiap seringgit yang dikumpul adalah harapan.

Setiap pagi sebelum ke kebun, dia masukkan seringgit hasil baki jualan sayur. Kadang-kadang seringgit itu datang daripada upah membasuh baju jiran. Ada masanya pula daripada tangan anak kecilnya, menyerahkan duit syiling baki belanja sekolah.

Hari berganti hari, tabung biru itu penuh. Dari seringgit demi seringgit, akhirnya cukup untuk membeli kasut sekolah baharu buat anaknya. Anak itu melangkah dengan senyuman, memakai kasut putih yang sebelum ini hanya jadi impian.

Si ibu menangis. Bukan kerana penat, tetapi kerana menyedari seringgit yang kecil itulah yang telah mengubah masa depan anaknya.

Renungan Bersama
Jika seorang ibu mampu menjadikan seringgit sebagai penyelamat untuk masa depan anaknya… bayangkan jika 1000 orang bersama-sama menginfakkan RM1 setiap hari.

Bukankah kita mampu membina madrasah ilmu untuk anak-anak miskin yang dahagakan pendidikan?
Bukankah kita mampu menaja guru dan pelajar agar lahir bangsa berilmu dan berakhlak?
Bukankah kita mampu menghidupkan dakwah di pedalaman, menyantuni masyarakat tersisih yang sering dilupakan?
Bukankah kita mampu memberi makan buat yang lapar, menyalakan lampu di rumah yang gelap, bahkan mencelikkan mata yang buta?

Seringgit itu kecil di tangan kita, tetapi besar di sisi Allah jika diberi dengan hati yang celik.

Inilah perjuangan PIKDM:
Menyampaikan ilmu, menyalurkan kebajikan, dan menghidupkan dakwah untuk mereka yang terpinggir. Kami tidak mampu meneruskan perjuangan ini tanpa dana yang cukup.

Jadikan seringgitmu syurgamu.
Dengan seringgit yang kita lepaskan hari ini, kita sedang membuka sejuta harapan untuk esok.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image