Skip to content
Buletin & aktiviti

Kuliah Hadis 40, Imam Nawawi

๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐’ ๐Š๐„-๐Ÿ”: ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐”๐‡๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐‘๐€ ๐’๐˜๐”๐๐‡๐€๐“ ุงุฌุชู†ุงุจ ุงู„ุดุจู‡ุงุช

Daripada Abu โ€˜Abdillah al-Nuโ€˜man bin Basyir RA katanya, Aku mendengar Rasulullah ๏ทบ bersabda:

โ€œSesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara-perkara yang samar (syubhat), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat, dia telah membersihkan agama dan maruah dirinya. Sesiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia akan terjatuh dalam perkara haram, seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, hampir-hampir dia akan mencerobohinya.

Ketahuilah, setiap raja mempunyai kawasan larangan, dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.

Ketahuilah, dalam jasad manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati.โ€
(Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim, Muttafaqun โ€˜alaih)

๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง & ๐‘๐ž๐ง๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š:

  1. Islam bukan hanya membezakan halal dan haram, tetapi juga mendidik kita supaya berhati-hati dengan perkara samar (syubhat) kerana di situlah letaknya ujian keimanan seseorang.
  2. Menjaga diri daripada perkara syubhat adalah tanda kecintaan kita pada agama dan juga menjaga maruah diri di sisi manusia.
  3. Orang yang menjauhi perkara syubhat hidupnya lebih diberkati, hatinya lebih tenang dan imannya lebih kukuh.
  4. Mendekati syubhat seperti bermain di tepi jurang atau tebing. Bila-bila masa boleh terjatuh ke dalam dosa.
  5. Hati adalah raja kepada seluruh anggota. Jika hati bersih dengan iman dan taqwa maka semua tindakan akan terjaga. Tetapi jika hati lalai, seluruh kehidupan akan mudah terjerumus ke dalam perkara yang haram.
  6. Menjaga hati bermula dengan menjaga makanan, rezeki, pergaulan dan amalan kita kerana semua itu mempengaruhi kesucian jiwa manusia.
  7. Syubhat mungkin kecil pada pandangan manusia tetapi ia besar di sisi Allah SWT kerana ia menjadi jalan yang membawa kepada perkara yang haram.

Semoga Allah SWT bersihkan hati-hati kita dengan cara menjauhkan kita dari perkara syubhat dan tetapkan kita di atas jalan halal yang penuh keberkatan.

Untuk menonton rakaman kuliah penuh, klik link di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/14GsvSJrLGS/?mibextid=wwXIfr

Muhammad Izzat
Penasihat Agama, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image