


Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019) atau singkatannya PIKDM bergerak sambil menerapkan tiga elemen utama iaitu ilmu, kebajikan dan dakwah agar selari dengan moto yang dibawa iaitu ‘Ilmu bil Amal, Amal bil Ihsan, Dakwah bil Hikmah’.
Dakwah tidak hanya terhenti pada aliran ilmu semata-mata, namun juga wujud pada jalan amal. Dari situlah dapat kita selami hikmah sebuah ihsan. Menyedari hakikat ini, PIKDM komited untuk terus meraih kepercayaan para penginfak dan masyarakat awam di samping berkongsi kepentingan ilmu, manfaat kebajikan serta dakwah sebagai pelaburan di dunia untuk bekalan di akhirat.
Setiap projek infak dan kebajikan yang dilaksanakan adalah bermodalkan amanah dan kepercayaan daripada sumbangan ahli-ahli PIKDM serta infak di atas talian melalui laman sesawang PIKDM.

Tiga elemen yang menjadi teras setiap program PIKDM.
Ilmu yang diamalkan
Amal yang dilakukan dengan ihsan
Dakwah yang disampaikan dengan hikmah
PIKDM sentiasa terbuka untuk melibatkan diri dengan program dan aktiviti di dalam dan luar negara bagi membantu para penginfak menghulurkan bantuan.










PIKDM masih memerlukan dana infak untuk meneruskan aktiviti, projek dan misi berikut.
Bantuan Kembali ke Sekolah · Sarapan Pagi Sekolah Alternatif · Tajaan Peralatan & Yuran Sekolah · Infak Bahan Bacaan · Kelas Mengaji & Fardu Ain · Wakaf Al-Quran, Iqra' & Rehal
Pembinaan Surau, Masjid, Tandas & Tempat Wuduk · Wakaf Kelas, Asrama, Kantin & Sekolah · Pembinaan & Baik Pulih Infrastruktur · Turap Jalan · Pendawaian Elektrik · Baik Pulih Rumah Asnaf
Wakaf Tangki Air, Perigi, Generator, Pam Air & Tanah
Infak Motosikal, Basikal, Bot, Kereta & Van · Peralatan Medik · Peralatan Elektrik · Kelengkapan Media · Pendingin Hawa & Pembesar Suara · Peralatan Ibadah · Kit Jenazah
Penerbitan Risalah, Poster, Buku Dakwah & Poket · Kuliah, Daurah, Bengkel & Seminar · Aktiviti Sosial
Agihan Food Pek & Dapur Pek · Misi Bencana Alam, Dakwah & Kebajikan · Projek Ramadan-Raya & Korban · Komitmen Tajaan Projek Angkat · Makanan, Perubatan & Pengurusan Haiwan Terbiar · dan banyak lagi
Kami melaporkan setiap program kepada penginfak. Lihat sendiri hasil sumbangan anda di lapangan.
Lihat barisan jawatankuasa PIKDM. Ingin membantu dalam pelbagai misi bantuan? Jom sertai kami sebagai sukarelawan.
RM5, RM10 atau RM50 — setiap ringgit yang ikhlas dicatat sebagai amal jariah. Mulakan hari ini.

