QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Hari Tasriq : Hari Makan & Minum

Selepas berlalu Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijah, datang pula tiga hari yang dikenali sebagai Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah. Daripada Nubayshah al-Dhubali, Rasulullah SAW bersabda:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ، وَشُرْبٍ، وَذِكْرِ اللهِ

“Hari-hari tasyriq adalah hari makan, minum dan mengingati Allah.”

(HR Ahmad: Sahih)

Bermula hari raya Aidiladha dan tiga hari tasyrik ini adalah masa untuk menyempurnakan penyembelihan korban, bertakbir selepas solat serta meraikan nikmat kurniaan Allah dengan penuh kesyukuran. Ia adalah hari untuk menyebarkan kegembiraan dan mengeratkan silaturrahim sesama Muslim. Selain itu, hari-hari ini juga merupakan hari makan dan minum. Hal ini secara tidak langsung bermaksud keempat hari bermula Aidiladha hingga ketiga-tiga hari tasyriq adalah diharamkan berpuasa.

Namun dalam meraikan hari makan dan minum ini, harus diingat agar berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik serta tidak tamak. Oleh kerana itu Islam mensyariatkan agar daging korban dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan, saudara-mara serta terdapat bahagian yang diperuntukkan untuk dimakan. Daripada Jabir RA, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

طَعَامُ الوَاحِدِ يَكْفِي الاثْنَيْنِ ، وَطَعَامُ الاثْنَيْنِ يَكْفِي الأَرْبَعَةَ ، وَطَعَامُ الأرْبَعَةِ يَكْفِي الثَّمَانِيَةَ

Makanan untuk seorang cukup untuk 2 orang, makanan untuk 2 orang cukup untuk 4 orang, dan makanan untuk 4 orang cukup untuk 8 orang.

(HR Muslim)

Pesanan Rasulullah SAW ini mengisyaratkan makanan yang sedikit akan sentiasa cukup apabila dikongsi bersama. Kecukupan ini adalah tanda keberkatan rezeki. Oleh itu, kita haruslah sentiasa menjaga adab ketika makan, tidak membazir serta tidak hanya mementingkan perut sendiri setiap kali menjamah makanan.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA

INFAK ZULHIJJAH bersama PIKDM
https://www.pikdm.org.my/donations/10-zulhijjah

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 110455
© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image