Dalam mengejar kelebihan 10 awal Zulhijjah, ramai yang turut menyebut kelebihan khusus puasa Hari Tarwiyah iaitu pada 8 Zulhijjah. Kelebihan yang dinyatakan dapat menghapuskan dosa setahun. Namun, perlu diketahui bahawa hadis tersebut adalah lemah, malah ada yang menilainya sebagai palsu.
Pun begitu, ini tidak bermakna kita tidak boleh berpuasa bahkan Islam amat menggalakkan berpuasa secara umum dalam 9 hari awal Zulhijjah. Hal ini kerana amalan soleh pada hari-hari ini lebih utama daripada jihad di jalan Allah. Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهِنَّ أَحَبُّ إِلَىْ اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ، فَقَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Tiada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah SWT berbanding pada sepuluh hari di awal Zulhijjah ini. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, sekalipun jihad di jalan Allah? Maka Rasulullah SAW bersabda: Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu.
(HR Abu Daud dan Ibn Majah: Sahih)
Oleh itu, walaupun tiada puasa khusus Hari Tarwiyah yang sahih. Namun umat Islam tetap boleh berpuasa pada 8 Zulhijjah sebagai sebahagian daripada amal soleh awal Zulhijjah. Manakala puasa Arafah yang khusus pada 9 Zulhijjah sabit kelebihannya menghapuskan dosa dua tahun.
PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA
INFAK ZULHIJJAH bersama PIKDM
https://www.pikdm.org.my/donations/10-zulhijjah
Sedekah korban bersama PIKDM dibuka hingga 4 Jun
https://pay.pikdm.org.my/sedekah-daging-1446h-2025/



