Segala puji bagi Allah yang memberi taufik dan hidayah-Nya.
Dengan penuh rendah diri, kami dari PIKDM ingin mengajak para dermawan budiman merenung sejenak bahawa di sebalik setiap misi dakwah, bantuan kebajikan, dan program kemanusiaan yang dijalankan, ada amanah pengurusan yang wajib kami pikul.
Mungkin ramai tidak tahu, bahawa untuk memastikan setiap sumbangan sampai kepada yang berhak, PIKDM menanggung beban kos operasi yang sangat minima tetapi penting:
Bayaran kru media, penyelenggaraan pejabat, cetakan, logistik dan keperluan IT.
RAYUAN RINGANKAN BEBAN BULANAN PIKDM
Jumlah keperluan setiap bulan: RM15,000
- Kos IT/Media – RM10,000
Bayaran Media Crew, Editor, Designer, Web IT, sistem storan & platform digital berbayar.
- Kos Penyelenggaraan Pejabat – RM3,000
Sewa, bil utiliti, alat tulis, pembaikan, servis aircond & keperluan pejabat.
- Kos Pengurusan/Operasi – RM2,000
Mobilisasi petugas, cetakan, pos & urusan lapangan.
Setiap sumbangan anda bantu melancarkan gerakan misi dakwah & kebajikan kami.
Kami bukan meminta untuk keselesaan, jauh sekali bermewah.
Kami hanya memohon agar beban kecil ini diringankan, agar kami terus mampu bergerak kerana hari ini, dana Projek Angkat kami defisit hampir RM5,000 setiap bulan. Untuk menampungnya, kos pengurusan terpaksa dikorbankan.
Jika kita percaya bahawa setiap amal soleh itu memerlukan pengurusan yang baik, maka menyumbang kepada kelangsungan pengurusan ini juga adalah bahagian dari amal itu sendiri.
Kami merayu atas nama dakwah dan kebajikan.
Jika tidak kerana bantuan Allah melalui insan budiman seperti kalian, kami pasti tidak mampu meneruskannya.
Semoga Allah menerima sumbangan kalian sebagai amal jariah yang tidak putus, insyaa-Allah.
Rebutlah peluang di 10 hari Zulhijjah ini. Hari yang terbaik dalam setahun dijanjikan Allah untuk kita gandakan amal soleh.
===============
Dengan penuh rendah diri, kami di PIKDM ingin merayu bantuan anda.
Kos operasi kami kecil — namun penting untuk kelangsungan kerja dakwah dan kebajikan.
Tanpa pengurusan, amanah tak sampai.
Tanpa sokongan, kerja ini terhenti.
Ringankan beban kami. Kuatkan langkah dakwah dan kebajikan ini.
Semoga Allah menerima sumbangan anda sebagai amal jariah.
Salurkan ke Akaun PIKDM:
Maybank
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175
Code: ZTP (ZulhijjahTabungPengurusan)
ATAU klik – https://www.pikdm.org.my/donations/10-zulhijjah



