Tonton di Facebook : https://fb.watch/w582Hu0Nvj/
๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ด ๐๐ถ๐บ๐ฎ๐-๐๐ถ๐บ๐ฎ๐ di Pulau Jambongan Beluran Sabah ini adalah antara yang paling terpencil diantara Kg Hujung, Kg Bahanan dan Kg Malalin.
Dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid.
Keseluruhan murid Sekolah Kebangsaan Limau-Limau adalah seramai 32 orang murid sahaja.
Mempunyai 8 orang guru dan 2 orang AKP.
Cabaran guru Mads Pusat untuk program jelajah ilmu yang diadakan setiap 2x sebulan adalah jarak dan keadaan jalan yang mencabar. Selain kenderaan yang lasak, kos minyak semua diambil kira.
Dengan adanya Madrasah (Mads) di cawangan Kg Limau-Limau, sedikit sebanyak meringankan beban guru-guru sekolah. Madrasah ini memberi peluang pendidikan agama yang paling asas seperti Iqra, Al Quran dan Fardhu Ain kepada anak-anak kampung, dan memberi manfaat yang besar kepada mereka yang dahulunya tidak mempunyai akses kepada pengajaran agama yang berkualiti.
Usaha ini sangat dihargai oleh guru-guru SK Kg Limau-Limau. Ia adalah satu langkah penting untuk memberi peluang yang sama kepada semua anak-anak, tidak kira betapa terpencilnya tempat mereka.
Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menyumbang kepada pendidikan anak-anak kampung ini dengan tajaan gaji guru dibawah Projek Angkat PIKDM yang sudah hampir 6 tahun berjalan.








