Jadi Sukarelawan PIKDM

Jadi Sukarelawan PIKDM

Ingin membantu dalam pelbagai misi bantuan? Jom sertai kami sebagai sukarelawan.
Hubungi PIKDM
613+ penginfak online110+ aktiviti & misiMalaysia · Indonesia · Bangladesh · Nigeria · Cambodia · NepalPertubuhan berdaftar PPM-030-10-18122019Bayaran selamat melalui FPX
Kerja yang mulia

Kenapa Menjadi Sukarelawan?

Menjadi seorang sukarelawan bukanlah suatu yang mudah, kerana segalanya perlu dilakukan dengan rela hati tanpa mengharapkan balasan daripada orang lain. Untuk menjadi sukarelawan, seseorang itu perlu melakukan pengorbanan sama ada dari sudut harta, masa ataupun tenaga. Maka sebab itulah menjadi seorang sukarelawan merupakan satu pekerjaan yang mulia.

Dalam membentuk komuniti yang sejahtera, aman dan harmoni, sukarelawan sangat penting sebagai penggerak aktiviti kebajikan, serta menjadi contoh dan pembakar semangat kepada orang lain untuk turut melibatkan diri dalam kerja kesukarelawanan.

Kelebihan

Kelebihan Menjadi Sukarelawan PIKDM

Peluang untuk berbakti kepada masyarakat, meluaskan jaringan sosial, serta menambah kemahiran dan pengetahuan melalui pelbagai program dan aktiviti sukarelawan yang bermanfaat.

Kasih Sayang

Memupuk sifat kasih sayang sesama manusia.

Rasa Syukur

Menjadikan kita berasa lebih bersyukur.

Kenalan Baru

Memupuk ukhwah dan tambah kenalan baru.

Pilih tugasan anda

Bagaimana Menjadi Sukarelawan PIKDM

PIKDM sentiasa mempunyai projek kebajikan yang memerlukan khidmat sukarelawan, sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Kepakaran anda dalam bidang masing-masing sangat diperlukan untuk menggerakkan PIKDM dan menjayakan projek-projek kebajikan.

Sukarelawan Lapangan

Penulis Blog

Pereka Grafik

Pereka Laman Web

Penulis Copywriting

Pengurus Projek

Amanah & telus

Infak Anda Sampai

Kami melaporkan setiap program kepada penginfak. Lihat sendiri hasil sumbangan anda di lapangan.

Penginfak online613+
Aktiviti & misi110+
Sukarelawan14

Jangan Tunggu Kaya Untuk Bersedekah

RM5, RM10 atau RM50 — setiap ringgit yang ikhlas dicatat sebagai amal jariah. Mulakan hari ini.

Floating Image