Jumaat, 30 Januari, kami tiba di Perlis.
Antara jadual yang disusun ialah ziarah ke Rumah Lavender.
Pengasas Rumah Lavender Perlis ‘Tuan Marja’ ketika itu sedang menunaikan ibadah Umrah.
Kami disambut oleh pembantu beliau, Puan Wati.
Kehadiran tim PIKDM bersama Ust Izzat yang sebelum ini mewakili PIKDM dalam penyaluran sumbangan Pasca Banjir Disember lalu kali ini Tim PIKDM berpeluang turun ke Perlis untuk menyantuni penghuni disini.
PIKDM menyampaikan sedikit sumbangan Dapur Pek serta edaran zikir pagi petang.
Ustaz Izzat turut berkongsi tazkirah ringkas bersama para penghuni. Ziarah singkat yang sangat bermakna.
Walaupun rumah dihuni OKU buta penglihatan, para penghuni di sini mampu mengurus diri, mengemas bilik dan menjaga persekitaran dengan kemas dan tersusun.
Ada naluri yang kuat untuk hidup dalam suasana bersih dan terjaga.
Kami melihat mereka memandang wajah kami dalam keadaan kosong.Namun senyuman dan helai tawa merekalah yang membuatkan si celik ini tersenyum,
terhibur mendengar luahan cerita satu demi satu.
Teringat sebuah puisi dalam buku Hipokrasi Ikhlas,
“Si Celik dan Si Buta”:
Tiada beza,
Kita sama berpuasa,
Senyum gembira,
Walau tidak terlihat rupa.
Si celik teraba-raba,
Juadah apa buat berbuka,
Si buta pula…
Rezeki Allah tidak terduga.
Jiwa ihsan bukan semua memiliki.
Kadang ia hadir selepas kita duduk bersama manusia yang diuji, dan belajar melihat hidup dari sisi yang berbeza. Barakallahufeekum.













