Ziarah Mahabbah

NGO: Cambodia Arab Cultural Civilizational Organisation (CACCO)

Lokasi: Phnom Penh

Tarikh: 3 Sept 2024

Ziarah PIKDM dan Bravo 7.0 ke ibupejabat NGO CACCO disambut mesra oleh President Ustaz Bashir b Ahmad yang merupakan warga Yemen yang telah menetap hampir 10 tahun di bumi Cambodia ini demi Dakwah.

Sebelum kami pulang Ust Zahry Ismael mahu PIKDM meninjau ibupejabat ini kerana NGO inilah yang bertanggungjawab menerbitkan buku tejemahan Fiqh untuk Pemula yang diterjemahkan dalam bahasa Khmer yang ditaja PIKDM baru baru ini untuk edaran dakwah non-muslim dibawah bimbingan Ust Zahry Ismael (Pengasas Sek Wedo Cambodia)

Setelah mendengar taklimat ringkas dari Ustaz Bashir b Ahmad tentang latarbelakang NGO CACCO ini, kami juga sempat melihat hasil terbitan terbaru Naskah Al Quran terjemahan 3 jilid dalam bahasa Arab Khmer untuk tujuan dakwah di bumi Cambodia. Ini merupakan usaha inisiatif pertama seumpamanya di bumi Cambodia oleh NGO ini. MashaaAllah Tabarakallah. InshaaAllah PIKDM telah memberi komitmen untuk membeli beberapa set Al Quran terjemahan ini untuk diwakafkan kepada Sek Wedo,masjid dan surau untuk dimanfaatkan.

Kami saling berharap dimasa mendatang banyak lagi program kerjasama PIKDM di Cambodia dapat dilebarkan. Dengan adanya jaringan rakan strategik yang memfokuskan kerja dakwah Non Muslim di bumi Cambodia ini, sekaligus menjadi inspirasi buat masyarakat Islam di seluruh dunia untuk melebarkan dakwah islam tanpa sempadan tanpa alasan. Jika bangsa Arab sanggup korbankan keselesaan untuk pilih tinggal di bumi ini demi dakwah, apa alasan kita untuk tidak sama sama membantu?.

Hasil maklumat yang kami kutip dari Ustaz Bashir, seramai 4000 lebih orang telah berjaya diislamkan dan dibimbing hasil usaha dakwah NGO ini dalam tempoh 10 tahun. Bukan kerja mudah kata beliau, ramai yang telah menerima syahadah asbab pendakwah sebegini yang terus berjuang atas nama dakwah. Bimbingan selepas memeluk islam adalah cabaran terbesar kerana kos mengurus dan membimbing mualaf tidak terhenti disitu sahaja. Mualaf di Cambodia berbeza dengan di Malaysia. Kebanyakan mereka adalah fakir miskin dan perlu banyak kos dibiayai selain perlu membayar elaun guru yang membimbing mualaf² ini juga perlu dilengkapi keperluan yang tiada. Antara rintihan yang sempat dikongsikan Ustaz Bashir kepada kami adalah berkaitan kos sara hidup pendakwah yang perlu dibiayai bukan sedikit wang yang perlu, jika ramai pendakwah yang perlu digerakkan maka tinggilah kosnya. Berbeza dengan gerakan dakwah NGO missionary christian yang kebanyakannya dibiaya oleh I€_@#ell yang kini sudah ada lebih kurang 40 lebih di Cambodia dan NGO Islam yang bertaraf antarabangsa tinggal satu²nya ini dari 4 NGO kini CACCO yang terus aktif, yang lain tidak mampu meneruskan usaha dakwah ini.

Peratus penganut agama Islam Cambodia yang direkodkan di Wikipedia adalah seramai 8% dan merupakan kedua tertinggi selepas agama Buddha. Menurut rekod terkini Ustaz Bashir hampir 12% penganut agama Islam di Cambodia dan setiap tahun angka ini terus bertambah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Misi Ziarah ini merupakan penutup bagi Misi Kesukarelawan Antarabangsa PIKDM X BRAVO 7.0 di Cambodia selama 7 hari yang penuh makna dan sendat dengan hikmah yang perlu kami timbang sukat demi kesejahteraan islam sejagat.

Barakallahufeekum.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 52827
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)