Pada 29 Oktober PIKDM dijemput Pertubuhan Kebajikan Imam An-Nawawi Sabah untuk menyantuni anak anak Teduhan Ilmu di Kg Melayu Sandakan ini seramai 100 pelajar disantuni.
Anak-anak ini diraikan dengan perkongsian motivasi daripada Puan Lynnda Abbas [Pengerusi PIKDM], yang menyuntik semangat “teruskan belajar dan carilah ilmu yang dapat menyelamatkan dunia akhiratmu”. Setiap kata-kata beliau menjadi inspirasi, menyuntik keyakinan dan harapan untuk mereka terus melangkah ke hadapan walau serba kekurangan alasan untuk jadi insan berilmu patut diutamakan. Sebagai rakan NGO kami menyokong kerja pengerak Kemanusiaan dan Kebajikan sebegini. Siapakah yang akan peduli nasib anak anak ini jika tiada yang mahu ambil peduli?.
Manisnya Coklat, Indahnya Ukhuwah
Sebagai tanda kasih, PIKDM turut menyumbangkan coklat yang enak berkualiti setiap seorang dan pek makanan tengahari untuk dinikmati bersama. Sebanyak 100 pek diagihkan dalam program ini, menyemarakkan lagi semangat persaudaraan dan keprihatinan. Ziarah pertama kali ini memberi salam perkenalan. InshaaAllah jika ada rezeki kami bakal berkunjung lagi.
Menyemai Kebaikan, Mengukir Senyuman
Dengan setiap pek yang diberikan, kami berharap dapat menyentuh hati dan memberikan kegembiraan buat anak-anak yang bersemangat ini. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memungkinkan momen ini. Semoga setiap sumbangan menjadi asbab keberkatan buat kita semua.
Membina Masa Depan anak anak ini perlu ada usaha hari ini.
Mari teruskan sokongan untuk anak-anak ini, agar mereka membesar dengan semangat yang kukuh dan cita-cita yang tinggi.
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman dan rakan strategik yang telah merealisasikan usaha kecil ini. Barakallahufeekum.
Misi Kemanusiaan Kebajikan & Dakwah PIKDM
(29 Okt -3 Nov)