QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Ziarah Kasih Sahabat Infak PIKDM

Ziarah Kasih sahabat Infak PIKDM | Rabu, 16 Julai 2025

Menyantuni dengan hati, mendekati dengan ihsan.

Ziarah Puan Wan Zaleha –

Lokasi Cheras KL

PIKDM menziarahi Puan Wan Zaleha yang baru kehilangan suami tercinta pada Khamis lalu. Semoga beliau terus tabah dan diberikan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang. Kehilangan itu pahit, namun sokongan sahabat dan doa insyaAllah menguatkan.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

“Ya Allah! Ampunilah dia (mayat), rahmatilah dia, selamatkanlah dia (dari hal yang tidak disukai), maafkanlah dia.

Ziarah Puan Siti Hawa Omar

Lokasi – HUKM

Ziarah kasih diteruskan ke HUKM menemui Puan Siti Hawa. Sakit itu ujian, ziarah itu penawar. Semoga Allah sembuhkan beliau sepenuhnya, dan diberikan kesabaran serta ketenangan hati. Semalam kami sempat ziarah Puan Siti Hawa sebelum beliau Discaj dari Hospital.

Ziarah Dato’ Hanafiah Omar (Suami Bonda Datin Saleha)

Lokasi HUKM Wad Strok.

Kami turut menziarahi Dato’ Hanafiah yang sedang menjalani rawatan di Wad Strok. Semoga Allah angkat segala kesakitan dan berikan kesembuhan yang sempurna buat Dato Hanafiah.

Amal bil Ihsan – Kita tidak mampu menyembuhkan, tapi kita mampu hadir dan mendoakan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila seseorang menjenguk saudaranya yang muslim, maka (seolah) dia berjalan di kebun surga hingga duduk di dekat saudaranya. Apabila sudah duduk, maka dihujani rahmat dengan deras. Apabila menjenguk di pagi hari maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoa-kannya sampai petang. Apabila berkunjung di waktu petang hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoa-kannya sampai pagi.” – Hisnul Muslim.

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ.

“Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Rabb yang menguasai Arasy yang agung, agar menyembuhkan penyakitmu”

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara…

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image