Pagi jumaat 10 November 2023 ziarah kami kerumah makcik siti 70an usianya yang kini diuji sakit tua, dulu beliau tinggal bersama makcik som (pernah kita bantu sebelum ini) yang menumpangkan beliau dirumah usang ini dan setelah maksom meninggal dunia akibat Covid…makcik siti menetap berseorang dirumah ini. Kali terakhir kami temui beliau sewaktu kami hantar bantuan daging korban 2023 dan masih sihat lagi beliau ketika itu.
Semalam Puan Mashitah jiran yang prihatin dan ada ihsan tinggi memaklumkan pada kami jika mahu bantu hantar ‘Pampers’ atau sumbangan pada beliau kerana makcik siti sudah terlantar agak berbulan juga..Alhamdulillah ada bantuan jiran yang baik hati ‘Puan Mashitah’ warga Malaysia yang setiap hari datang mandikan, bersihkan Pampers serta hantarkan makanan. Barakallahufeeh.