
Platform ini disediakan bagi memudahkan anda menunaikan kewajipan zakat melalui dua pilihan:

Tanpa pelepasan cukai

Nikmati pelepasan cukai LHDN
firman Allah SWT:
Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).
(Surah al-Taubah: 103)
Zakat bukan sahaja kewajipan tetapi mekanisme sosial untuk mengimbangi ekonomi ummah. Dengan menunaikan zakat melalui platform yang telus, lebih ramai asnaf dapat dibantu melalui saluran yang betul.
Zakat diagihkan mengikut ketetapan syariah.
Setiap transaksi direkodkan dengan jelas dan mudah dirujuk.
Bantuan sampai kepada golongan yang layak melalui saluran rasmi.
Bayaran dalam talian menggunakan gateway berdaftar & selamat.
Zakat Anda Disalurkan Kepada 5 Program Utama





Mudah & Cepat
Platform ini mematuhi peraturan semasa berkaitan kutipan zakat di Malaysia dan bekerjasama dengan pihak berautoriti yang diiktiraf. Semua kutipan dan pengagihan dijalankan secara telus mengikut garis panduan syariah.
Teruskan sumbangan zakat anda kepada PIKDM yang akan menguruskan agihan bantuan kepada asnaf melalui program-program pemerkasaan, pendidikan, dan kebajikan.

Bayar zakat pendapatan, simpanan & emas anda melalui PIKDM (Kod Cadangan Sumbangan / NGO: 00436) dan nikmati pelepasan cukai LHDN secara rasmi. Zakat anda disalurkan kepada program pendidikan, air bersih, asnaf, dakwah dan bantuan kemanusiaan.
Hanya 3 Langkah, Zakat Anda Tersampai
Imbas QR

Resit rasmi pelepasan cukai akan dikeluarkan oleh MAIPs
Dalil Kewajipan Zakat
Allah berfirman:
“Dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat…”
(Surah Al-Baqarah: 43)
Dan firman-Nya:
“Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, miskin, amil, muallaf, memerdekakan hamba, orang berhutang, pada jalan Allah dan ibnu sabil.”
(Surah At-Taubah: 60)
Boleh, jika mereka asnaf (fakir, miskin, berhutang, dll) dan bukan tanggungan wajib (ibu bapa, anak, pasangan).
Kedua-duanya baik dan sah. Bezanya pada skala manfaat:
Keluarga → fokus satu kelompok kecil
NGO → bantu ramai asnaf di banyak tempat.
Kerana NGO mempunyai sistem saringan, rekod penerima, pemantauan dan rangkaian lapangan yang membolehkan zakat diagihkan dengan lebih tersusun, tepat sasaran dan sampai kepada lebih ramai asnaf termasuk melalui projek jangka panjang seperti pendidikan, air bersih, makanan dan dakwah.
Ya. PIKDM melaksanakan program untuk asnaf, mempunyai rekod projek & penerima, serta mengamalkan pemantauan dan ketelusan dana.
Bahagikan zakat:
Sebahagian kepada keluarga asnaf,
Sebahagian melalui NGO yang amanah seperti PIKDM.
Ya. Resit rasmi zakat dihantar terus ke e-mel pembayar melalui portal MAIPs.
Tidak. Mulai 2026, resit dijana secara digital dan dihantar ke e-mel.
Tiada lagi penghantaran resit fizikal.
Ya. Resit dikeluarkan oleh MAIPs dan diterima oleh LHDN.
Masukkan Kod NGO 00436 (PIKDM) semasa bayaran di portal MAIPs.
MAIPs akan menyalurkan agihan kepada PIKDM sebagai Rakan Ta‘awun.
Setiap komitmen yang diteruskan merupakan saham akhirat yang menyambung manfaat
Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan ?

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175
© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)