‘WATER TANK’
Nilai setitik air bersih diwaktu tiada.
8 September 2023 Jumaat pagi.
Sumbangan air bersih sebanyak 1 lori tangki telah disumbangkan ke daerah yang telah dikenalpasti:
• Alamat Lengkap : Kp.Babakan Cadot RT 01 dan RT 02 RW 03
– Kelurahan : Sukamanah
– Kecamatan : Cugenang
– Kota/kab :Cianjur
– Provinsi : Jawa Barat
Penduduk disini sangat memerlukan air bersih untuk dibuat minum sementara untuk cucian dan mandian mereka terpaksa mendapatkan air dari sungai dan longkang yang kini air sungai dan longkang agak tercemar dan mengering akibat kesan gempabumi ditambah buruk lagi musim kemarau yang sedang melanda hampir 4 bulan tiada hujan. Kebanyakan penduduk disini membuat kolam tadahan air hujan ataupun air dari sungai untuk manfaat sekampung.
Sewaktu Misi Recce kami sebulan yang lalu..air kolam untuk ambil wudhu dimanfaatkan bersama tandas bersebelahan. Saat Team kami mahu ambil wudhu agak teragak agak. Setelah melihat orang kampung mengambil wudhu disitu barulah mereka menyusul..jika tak dirasai kesusahan yang mereka hadapi mana mungkin kita memahami.
Hikmahnya kami kembali dengan bawa harapan untuk sumbangkan 1 lori tangki air bersih ke desa ini. Walaupun air bersih yang diharapkan melebihi 1 tangki, namun yang termampu diurus dan dibantu pada waktu ini hanyalah 1 lori tangki dahulu. Team Bravo telah menyempurnakan sumbangan Water Tank ini manakala Projek Wakaf Perigi dan Tempat Wudhu telah disempurnakan Team PIKDM dari sumbangan para penginfak PIKDM.
InshaaAllah PIKDM bercadang untuk buka peluang sumbangan ‘Water Tank’ ini setiap jumaat, InshaaAllah jika ada sambutan para penginfak.
Tidak semua yang mampu membeli air bersih. 1 lori tangki ini anggaran RM500-800 mengikut isipadu air, jarak lokasi dan lain lain upah tidak termasuk.
Bagi projek ini RM500 telah dibelanjakan untuk agihan 3 desa dari peruntukan Team Bravo.
Team PIKDM mengambil peluang mengagihkan zikir pagi petang buat penduduk kampung yang datang hadir mendapatkan air bersih dari lori tangki ini sementara beratur dan menunggu tadahan penuh.
Dalam berkebajikan ada dakwah yang mahu disampaikan. Semoga amalan zikir pagi petang sumbangan PIKDM ini menjadi amalan rutin mereka. Semoga bermanfaat dan penduduk disini sentiasa dilindungi Allah dari segala musibah.
Teruskan INFAK kerana mereka masih perlu dibantu:
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]