Water For Ibadah – Diharap Lebih Banyak Lagi Perigi, Tangki Dan Tempat Wudhu’ Yang Menjadi Impian Penduduk Cianjur Dapat Direalisasikan Di Masa Hadapan

Sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini, impak daripada gempa bumi sekitar 9 bulan lalu telah menyebabkan sebahagian besar sumber air di bumi Cianjur hilang tanpa jejak. Implikasinya, masyarakat setempat terpaksa bercatu keperluan asas ini bagi meneruskan kehidupan. Lebih menyedihkan apabila ada yang terpaksa mengitar semula air yang telah digunakan untuk kegunaan harian termasuk air kumbahan.

Mengapa sumber air tiba-tiba kering?

Rata-rata masyarakat di sini bergantung sepenuhnya kepada sumber air semula jadi. Namun disebabkan faktor geografi, pergerakan muka bumi rentetan gempa menyebabkan punca air hilang entah ke mana. Ada usaha menggali beberapa kawasan untuk mencari air, namun akhirnya tetap menemui jalan buntu.

Ikhtiar terbaik yang mampu dilakukan setakat ini walaupun menelan biaya yang agak tinggi adalah dengan menggunakan alat pengesan punca air, sebelum proses pembinaan perigi dijalankan.

Justeru, fokus utama untuk misi kali ni adalah Water For Ibadah. Atas inisiatif Bravo dan kolaborasi PIKDM bersama Asar Humanity, beberapa lokasi terjejas teruk dipilih untuk diberi perhatian.

Hasilnya, set lengkap perigi, tangki dan tempat wudhu’ hasil sumbangan penginfak PIKDM telah berjaya dibina di Desa Sarampad dan Cipaku untuk manfaat umum.

Jazakumullahu khairan kathira buat seluruh penginfak yang menjadi tulang belakang kejayaan misi kali ini. Akhirnya alhamdulillah ‘ala kulli hal dua lokasi mampu dibantu buat masa ini.
Diharap lebih banyak lagi perigi, tangki dan tempat wudhu’ yang menjadi impian penduduk Cianjur dapat direalisasikan di masa hadapan.

Semoga ganjaran pahala buat penginfak berterusan mengalir sebagaimana mengalirnya air zam zam. Ayuh atas nama kemanusiaan, sama-sama kita bantu saudara kita yang memerlukan di Cianjur.

=============
Jom Infak!
https://www.pikdm.org.my/donations/danapelbagai2023/

ATAU terus ke akaun

▪️ Maybank
▪️ 5627 4015 5175
▪️ Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 66649
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)