Skip to content
Buletin & aktiviti

Update Tertunda – Infak Tangki PIKDM Pusingan ke-2 (Siri 1)

Pulau Jambongan, Sabah

Alhamdulillah,
Sebanyak 10 unit tangki infak PIKDM telah berjaya disampaikan dan kini dimanfaatkan oleh para penerima.

Bagi pusingan ini, keutamaan diberikan kepada rumah-rumah baharu yang sebelum ini belum pernah menerima bantuan tangki agar lebih ramai dapat merasai manfaat asas ini.

Di Pulau Jambongan, air hujan bukan pilihan… tetapi keperluan.
Tangki ini menjadi tempat mereka menadah air untuk kegunaan harian minum, memasak dan menjalani kehidupan, lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

Daripada proses penghantaran hingga pemasangan,
setiap unit membawa satu amanah yang telah sampai kepada yang memerlukan.

Semoga setiap sumbangan ini menjadi amal jariah yang terus mengalir, seiring dengan manfaat yang digunakan setiap hari.

Namun begitu, di lapangan masih ada keluarga yang belum mempunyai tangki sendiri.
Usaha ini telah bermula,
tetapi belum selesai.

Jika tuan/puan ingin menjadi sebahagian daripada pahala berterusan ini, sumbangan masih dibuka untuk pusingan seterusnya.

Satu tangki, satu keluarga terbantu
Satu sumbangan, pahala berpanjangan

Salurkan sumbangan di sini:
https://www.pikdm.org.my/donations/danapelbagai/

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image