Ziarah PIKDM ke MADS Pulau Jambongan, MADS Pusat Kg Malalin (Madrasah Darus Sunnah), Pulau Jambongan Sabah
Selain Misi Projek Water4Life, pasukan PIKDM turut mengambil peluang dalam masa yang padat ini untuk menyantuni komuniti di bumi Jambongan dengan Program Ziarah PIKDM ke MADS Pusat Kg. Malalin.
Dalam ziarah singkat tapi penuh makna ini, PIKDM turut menyerahkan:
- 2 Kit Jenazah kepada MADS (simbolik serahan bagi projek wakaf kit jenazah 2026)
- Plak Projek Angkat PIKDM 2025, tanda ikatan dakwah dan pendidikan yang berterusan
- Turut meninjau kelas dewasa sesi pagi MADS Cawangan Kg. Hujung yang bersemangat mendalami ilmu Al-Quran
Setiap wajah yang kami temui, setiap senyuman yang menyambut kedatangan kami, menyimpan kekuatan dan semangat luar biasa.
Di sinilah ilmu dan iman dipelihara dengan sabar, dan di sinilah PIKDM terus menunaikan amanah ummah agar cahaya ilmu tak pernah padam walau jauh di hujung pulau ini.
“Bukan jarak yang memisahkan, amanah ilmu dan ukhuwah Islam yang menghubungkan.”
Infak sekarang : https://www.pikdm.org.my/projek-angkat-pikdm-2025/


















