PIKDM IFTAR PERDANA & KUTIPAN AMAL 2026
Rebut Pahala Berganda di Bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan keberkatan. Jom bersama PIKDM membantu guru pedalaman, pelajar asnaf, fakir miskin, gelandangan & madrasah dalam & luar negara melalui Iftar Perdana & Kutipan Amal ini.
Lokasi: RUANG, Petaling Jaya
Tarikh: Ahad, 8 Mac 2026
Masa: 5PM – 10PM
Google Maps: Klik di sini
https://maps.app.goo.gl/TfYGyrZvf5JCimMc6?g_st=ic
Dana Masih Belum Mencukupi – Bantuan Anda Diperlukan
• RM3,000 setiap bulan masih diperlukan untuk menampung baki dana komitmen Projek Angkat PIKDM yang masih negatif RM3K setiap bulan
Bagi tempoh Januari – Disember 2026. Tanpa dana ini, ramai guru pedalaman, pelajar asnaf, dan madrasah akan terjejas
• RM156,000 lagi diperlukan untuk melengkapkan Program Ramadan 1447H, termasuk Iftar, Sahur, sumbangan makanan dan bantuan kepada fakir miskin, anak yatim, gelandangan, serta komuniti memerlukan dalam & luar negara
Jom bersama menjayakan misi ini
Sumbangan anda adalah harapan bagi mereka yang memerlukan. Jangan lepaskan peluang berinfak di bulan penuh keberkatan ini
Sebarang pertanyaan, hubungi nombor yang tertera di poster
Rasulullah ﷺ bersabda
“Barang siapa yang memberi makan orang berpuasa, dia akan mendapat pahala seperti orang itu tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.”
(HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah)
Rebut pahala berganda, ringankan beban saudara kita, dan jadilah sebahagian daripada perubahan

� PIKDM IFTAR PERDANA & KUTIPAN AMAL 2026 �� Rebut Pahala Berganda di Bulan Ramadan! �Ramadan adalah bulan…
Posted by PIKDM on Sunday 8 March 2026

![[Tonton] PIKDM Iftar Perdana & Kutipan Amal](https://www.pikdm.org.my/wp-content/uploads/2026/03/Tonton-PIKDM-Iftar-Perdana-Kutipan-Amal-2026.png)

